Ahad, 14 Ogos 2011

[Jawi] "Belajar Membaca dan Menulis Jawi Dalam Masa 30 Jam", Muhammad Roihan Hasbullah Nasution

14 Ramadan 1432H

Bagi peminat tulisan Jawi...

"Belajar Membaca dan Menulis Jawi Dalam Masa 30 Jam"
Muhammad Roihan Hasbullah Nasution
Pustaka Syuhada, Kuala Lumpur.
2011
ISBN 983-144-040-4
RM 8.00

Pic 1 - Kulit depan.


Pic 2 - Kulit belakang.

Rabu, 3 Ogos 2011

Surah al-Anbiya', ayat 30

3 Ramadan 1432H

Translation from Surah Al Anbiyā' (The Prophets), verse 30:

Do not the Unbelievers see
That the heavens and the earth
Were joined together (as one
Unit of Creation), before
We clove them asunder?
We made from water
Every living thing. Will they
Not then believe?

Translation taken from:
'Abdullah Yūsūf 'Alī. The Holy Qur'ān: Text, Translation and Commentary. New Revised Edition. Amana Corporation, Brentwood, Maryland, U.S.A., 1989. ISBN 0-915957-033-5. p801.

Selasa, 2 Ogos 2011

Bacaan Ayat al-Quran dalam Siarang Langsung Solat Tarawih dari Masjidil Haram Mekah

Dikemaskini: 8 Ogos 2011M, Is.

2 Ramadan 1432H

Siarang langsung oleh tv Arab Saudi yang dibawakan oleh TV1 dan TV9.

TV1: Siaran Solat tarawih dari rakaat 1-20.

TV9: Siaran Azan Isya' + Solat Isya' + Solat tarawih dari rakaat 1-20 + Solat witir 3 rakaat (2+1).


Bacaan ayat al-Quran dalam Siaran Langsung Solat Tarawih dari Masjidil Haram Mekah, Ramadan 1432H
Doc 1 - Pecahan ayat al-Quran yang dibacakan mengikut rakaat tarawih, berserta dengan imam yang memimpin solat.

Khamis, 26 Mei 2011

Cream. Crust. Batter.

22 Jamadil Akhir 1432H.

Neither am i the cream nor the crust. I'm the batter that didn't make it out of the mixing bowl :P

Isnin, 9 Mei 2011

e Pepet dan e Taling

Update: 6 Zulkaedah 1433H / 22 Okt 2012M, Is.

5 Jamadil Akhir 1432H

Untuk bacaan lanjut mengenai e pepet dan e taling, dan huruf Jawi yang setara, boleh rujuk di sini:
[Majalah] Fardu Ain: Belajar Jawi > Jom Belajar Jawi, oleh Ustaz Hairudin Mohamed
http://gulaley.blogspot.com/2011/05/majalah-fardu-ain-belajar-jawi-jom.html



e pepet [ə]: Vokal pusat tengah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Vokal_pusat_tengah
Contoh dari Wikipedia Bahasa Melayu: enam, berat, liter


e taling [e][é]: Vokal tak bundar depan separuh sempit
http://ms.wikipedia.org/wiki/Vokal_tak_bundar_depan_separuh_sempit
Contoh dari Wikipedia Bahasa Melayu: enak, pendek, sate



Terfikir pula contoh yang lain:

ekor
e yang digunakan ialah e taling



Ketereh
iaitu nama tempat di Kelantan. Juga nama lain bagi buah gajus.

Mudah untuk diketahui jika seseorang itu adalah Orang Luar atau Orang Kelantan -- dengar saja bagaimana Ketereh disebut! Kesilapan ini ketara dilakukan oleh pemberita TV terutama sekitar musim pilihanraya.

Orang Kelantan:
e pertama ialah e pepet
e kedua ialah e taling
e ketiga ialah e taling

Orang Luar:
e pertama ialah e pepet
e kedua ialah e pepet
e ketiga ialah e taling



Dewan Beta
iaitu nama tempat di Kelantan.

Dewan
disebut seperti biasa.

Beta*
e yang digunakan ialah e pepet
a digantikan dengan e pepet

* tidak sama sebutannya dengan perkataan ganti diri pertama untuk raja

beta
/béta/ kata ganti diri pertama utk raja-raja.
Dipetik dari: Pusat Rujukan Persuratan Melayu.



Pendek**
iaitu nama tempat di Kelantan. Kesilapan penyebutan yang berlaku sama halnya seperti Ketereh.

Orang Kelantan:
e pertama ialah e pepet
e kedua ialah e taling

Orang Luar:
e pertama ialah e taling
e kedua ialah e taling

** tidak sama sebutannya dengan perkataan yang berlawanan bagi panjang.

pendek
/péndék/ 1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: A.M.N. ialah ~ Ahli Mangku Negara.
Dipetik dari: Pusat Rujukan Persuratan Melayu.