Memaparkan catatan dengan label #ComicStripIt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #ComicStripIt. Papar semua catatan

Khamis, 26 Julai 2012

[Peribahasa Melayu] Kerana mulut badan binasa

6 Ramadan 1433H, Kh.

Gambar 1 -


Kerana mulut badan binasa.

Takrif: Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Ahai tu apa?
ahai
sr
kata utk menarik perhatian:

saya tak senang kalau tak lalu di muka rumah sau­dari, ~!

Sumber: ahai -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Ahad, 1 Julai 2012

[Peribahasa Melayu] Anak kucing menjadi harimau

11 Syaaban 1433H, Ah.

Gambar 1 -


Anak kucing menjadi harimau.

Takrif: Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Mengiau tu apa?
mengiau
(bkn kucing) berbunyi iau, mengeong:

dr tadi lagi, kucing itu ~, lapar agaknya.

Sumber: mengiau -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu


Mengaum tu apa?
mengaum
berbunyi menderam (bkn hari­mau, singa):

kambing mengembek, harimau ~;

Sumber: mengaum -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Jumaat, 29 Jun 2012

Khamis, 28 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper

8 Syaaban 1433H, Kh.

Gambar 1 -


Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper.

Takrif: Kerana sayang pada seorang saja, disia-siakan keluarga yang banyak.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Seceper tu apa?

ceper (cépér)

1. (bkn dulang, piring, dll) tidak mungkum, leper;

2. sj perkakas spt dulang (piring) biasanya drpd logam;

~ penyejat
radas makmal yg berbentuk mang­kuk dan digunakan utk menyejatkan cecair;

~ Petri
radas makmal yg bulat leper dan tohor, lazimnya utk membiakkan mikroorganisma; berceper memakai (beralaskan) ceper.

Sumber: ceper -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu

Rabu, 27 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan

7 Syaaban 1433H, Ra.

Gambar 1 -


Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.

Takrif: Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Selasa, 26 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Berunding dengan tunggul

Dikemaskini: 8 Syaaban 1433H / 27 Jun 2012M, Kh.

5 Syaaban 1433H, Is.

Gambar 1 -


Berunding dengan tunggul (= tungkahan).

Takrif: Memberi nasihat kepada orang yang hanya diam saja.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Tungkahan tu apa?

tungkahan
Mn
kayu tempat duduk, kayu penyangga, landasan;

bagai rupa ~
prb muka orang yg sangat buruk;

berunding dgn ~
prb perihal menanyai atau menasihati orang yg hanya mendiamkan diri sahaja (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan).

Sumber: tungkahan -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Isnin, 25 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

4 Syaaban 1433H, Ah.

Gambar 1 -


Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung.

Takrif: Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Ahad, 24 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang

3 Syaaban 1433H, Sa.

Gambar 1 -


Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.

Takrif: Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Sabtu, 23 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Umpama burung, tumpang beramai dengan kawan yang banyak

2 Syaaban 1433H, Ju.

Gambar 1 -


Umpama burung, tumpang beramai dengan kawan yang banyak.

Takrif: Orang dagang yang mencari hiburan di negeri asing.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Jumaat, 22 Jun 2012

Khamis, 21 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Bau malaikat terhempas

1 Syaaban 1433H, Kh.

Gambar 1 -


Bau malaikat terhempas.

Takrif: Harum sekali, terutama tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Khamis, 14 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat

25 Rejab 1433H, Ju.

Gambar 1 -


Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat.

Takrif: Untuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat maka hendaklah berunding dulu.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Pembuluh tu apa?

pembuluh

1. buluh-buluh;

2. = ~ darah
saluran darah;

~ agung
saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava;

~ labuhan hati
saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati;

~ paru-paru
saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari.

Sumber: Pembuluh, Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu

Ahad, 15 April 2012