Isnin, 30 Disember 2013

Weigh -vs- Weight




Weigh

[Q] How much do you weigh?

[A] I weigh a hundred kilos*.



Weight

[Q] What is your weight?

[A] My weight is twenty-eight kilos*.



*kilos -- kilograms [kg]



Dimulakan: 27 Safar 1435H, Isnin / 30 Disember 2013M, Isnin.
Diposkan: 27 Safar 1435H, Isnin / 30 Disember 2013M, Isnin.
Dikemaskinikan:

Khamis, 12 Disember 2013

Perasan pandai -dengan- Benar-benar pandai




Perasan pandai

dengan

Benar-benar pandai

... adalah dua benda yang berbeza.



Dimulakan: 9 Safar 1435H, Khamis / 12 Disember 2013M, Khamis.
Diposkan:
Dikemaskinikan:

Jumaat, 22 November 2013

Mata kepala -atau- Mata hati


Pilih . Pilih . Pilih



Dimulakan: 18 Muharam 1435H, Jumaat / 22 November 2013M, Jumaat.
Diposkan: 18 Muharam 1435H, Jumaat / 22 November 2013M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Rabu, 20 November 2013

Solat berseorangan -atau- Solat berjemaah


Pilihan untuk solat Subuh pagi esok...



... ialah solat ber-...?

Ber-...?

Ber-...?

.
.
.

* Oi! Jawab le! *



Dimulakan: 17 Muharam 1435H, Khamis / 20 November 2013M, Rabu.
Diposkan: 17 Muharam 1435H, Khamis / 20 November 2013M, Rabu.
Dikemaskinikan: 17 Muharam 1435H, Khamis / 21 November 2013M, Khamis.

Rabu, 13 November 2013

Ikan sepat, buah kuini


Ikan sepat,

   Buah kuini;

Nak mengumpat,

   Bukan sini.




Dimulakan: 9 Muharam 1435H, Rabu / 13 November 2013M, Rabu.
Diposkan: 9 Muharam 1435H, Rabu / 13 November 2013M, Rabu.
Dikemaskinikan: .

Selasa, 12 November 2013

Telur & Keberanian


Keberanian tak datang kepada orang lelaki yang awal-awal lagi sudah mengaku kalah dengan sehelai selimut yang lemah.

Macam mana nak ada keberanian, lagi pula kegagahan, kalau orang lelaki solat Subuhnya pun ditunaikan di tempat yang terbaik untuk orang perempuan.



Telur. Telur?
-- Ooo, telur. Telur simpan dalam peti sejuk. Orang tak simpan telur dalam selimut, ye.




Dimulakan: 8 Muharam 1434H, Selasa / 12 November 2013M, Selasa.
Diposkan: 8 Muharam 1434H, Selasa / 12 November 2013M, Selasa.
Dikemaskinikan:

Rabu, 6 November 2013

Kalau JATUH sepuluh kali, BANGUN nak berapa kali?


Formula

Kalau CUBAAN, c, adalah,
c = N unit

Maka USAHA, u, mesti,
u = ( N + 2 ) unit

di mana 2 mewakili,
1 - supaya USAHA lebih banyak daripada CUBAAN ( u > c )
1 - untuk kualiti



Aplikasi


JATUH-BANGUN

Kalau jatuh dah 10 kali,
c = 10 kali

Maka bangun mesti 12 kali.
u = ( 10 + 2 ) kali = 12 kali


MALAS-LAWAN

Kalau malas dengan 20 alasan,
Maka lawan kemalasan tu mesti dengan 22 alasan.

c = (i) Malasnya. (ii) Malasnya.
u = (i) Kena rajin. (ii) Kena rajin. (iii) Takleh malas-malas. (iv) Kena rajin.


MARAH-SABAR

Kalau perasaan marah 30 unit,
Maka usaha bersabar mesti 32 unit.

c = (i) Marah ni. (ii) Marah ni. (iii) Aku marah ni!
u = (i) Sabar. (ii) Sabar. (iii) Tarik nafas panjang-panjang. (iv) Saaa-baaa-r~! (v) Sabar je-lah!


LUPA-HAFAL

Kalau lupa 50 kali,
Maka hafal mesti 52 kali.


SUMPAH-ISTIGHFAR

Kalau sumpah-seranah 100 kali,
Maka istighfar mesti 102 kali.*

* Keadaan sebenar kena tanya pada alim-ulama.


CURI-GANTI

Kalau curi masa belajar 1 jam,
Maka gantinya mesti 1 jam 2 minit.



Dimulakan: 2 Muharam 1435H, Rabu / 6 November 2013M, Rabu.
Diposkan: 2 Muharam 1435H, Rabu / 6 November 2013M, Rabu.
Dikemaskinikan:

Isnin, 4 November 2013

[Takwim] 2014M (Miladiah) / 1435H-1436H (Hijrah)


Kalendar





Fon

- Ubuntu
- Ubuntu Condensed
- Ubuntu Light

Dapatkan dari sini:
Ubuntu Font Family
http://font.ubuntu.com/



Pembaharuan

- Memulakan minggu dengan hari Jumaat sebagai memuliakan hari Jumaat memandangkan hari Jumaat adalah penghulu segala hari.



Rujukan

- Takwim | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
http://www.islam.gov.my/e-falak/takwim

- Bulan Hijrah dan Miladiah dalam Rumi dan Jawi
http://gulaley.blogspot.com/2012/11/bulan-hijrah-dan-miladiah-dalam-rumi.html



Dimulakan: 19 Zulhijah 1434H, Khamis / 24 Oktober 2013M, Khamis.
Diposkan: 30 Zulhijah 1434H, Isnin / 4 November 2013M, Isnin.
Dikemaskinikan:

Ahad, 3 November 2013

Pujian melambung & Kejian merembas


Manusia:
   Sebagaimana pujiannya melambung-lambung,
      sebegitulah kejiannya merembas-rembas.




Dimulakan: 29 Zulhijah 1434H, Ahad / 3 November 2013M, Ahad.
Diposkan: 29 Zulhijah 1434H, Ahad / 3 November 2013M, Ahad.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 1 November 2013

[Jawi] Ejaan "nikmat"


[Situasi]
Rumi:
nikmat



Jawi:
[ نعمت ] http://rumi-to-jawi.appspot.com/



Arab:
[ نعمت ] http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=نعمت

dan/atau

[ نعمة ] http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=نعمة
(bawah Category: Islamic, Meaning: blessing)



[Soalan]
Kenapa "nikmat" pakai "tah" [ ت ] bukan "tah-marbutah" [ ة ] dalam ejaan sedangkan "nikmat" adalah perkataan Arab. Ikut hukum, perkataan Arab kekal ejaan, tanpa ada perubahan.

~ En. Mohd. Zamri Murah
zamri@ftsm.ukm.my

Pusat Teknologi Kecerdasan Buatan,
Fakulti Teknologi Sains Maklumat,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://www.jawi.ukm.my
http://www.jawiware.org
http://rumi-to-jawi.appspot.com



[Jawapan]
Alaykum salam.

Ejaan kata serapan Arab yang berakhir dengan huruf ta marbutah [ ة ] adalah mengikut pola penerimaan Melayu terhadapnya. Hakikatnya kata2 dalam kategori ini diterima oleh orang Melayu dalam tiga wajah/macam.


Pertama, diterima dengan bunyi ta [ ت ]:
sahabat,
nikmat,
sifat,
berkat,
hajat.

Kedua, diterima dengan bunyi ha [ ه ]:
sedekah,
iddah,
umrah,
fidyah,
jenayah.

Ketiga,  diterima dengan bunyi ta [ ت ] & ha [ ه ]:
darjat / darjah,
harakat / harakah,
hidayat / hidayah,
muamalat / muamalah.



Untuk wajah pertama dicadangkan ejaan muktamadnya berakhir dengan huruf ta maftuhah/buka [ ت ].

Untuk wajah kedua ejaan muktamadnya dicadangkan berakhir dengan huruf ha [ ه ].

Untuk wajah ketiga ejaan muktamadnya dicadangkan berakhir dengan huruf ta marbutah [ ة ].

~ Tuan Haji Hamdan



[Rujukan]
Ejaan Jawi untuk "nikmat".



Dimulakan: 27 Zulhijah 1434H, Jumaat / 1 November 2013M, Jumaat.
Diposkan: 28 Zulhijah 1434H, Sabtu / 1 November 2013M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Rabu, 30 Oktober 2013

Kau tengah buat apa tu?


S: Oi~! Kau tengah buat apa tu?

J: Aku tengah cantikkan kubur aku. Kau?




Dimulakan: 26 Zulhijah 1434H, Rabu / 30 Oktober 2013M, Rabu.
Diposkan:26 Zulhijah 1434H, Rabu / 30 Oktober 2013M, Rabu.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 18 Oktober 2013

Kenapa tak nak pergi majlis konvo?


S: Ha'ah, kan. Kenapa tak nak pergi majlis konvo?

J: Sebab saya tak nak tangan saya dinodai oleh tangan lelaki ajnabi.

Sekian, terima kasih.




Dimulakan: 13 Zulhijah 1434H, Jumaat / 18 Oktober 2013M, Jumaat.
Diposkan: 13 Zulhijah 1434H, Jumaat / 18 Oktober 2013M, Jumaat.
Dikemaskinikan: .

Sabtu, 3 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H


Masjid Negara, Kuala Lumpur.




Bahasa Arab


تَـقَـبَّـلَ الـلّٰـهُ مِـنَّـا وَمِـنْـكُـمْ


Rujukan teks Arab:
Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" (Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446)

Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/612-hari-raya-yang-perlu-a-jangan-buat.html


Rujukan terjemahan:
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/612-hari-raya-yang-perlu-a-jangan-buat.html




Bahasa Melayu: Jawi


سلامت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين




سلامت
selamat
http://rumi-to-jawi.appspot.com/


هاري
hari
http://rumi-to-jawi.appspot.com/


راي
raya
http://rumi-to-jawi.appspot.com/


عيدالفطري
‘aidilfitri
- [ عيد الفطر ] http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=عيد+الفطر
- [ عيدالفطري ] [E-Jawi Transliteration Database] http://www.ejawi.net/v3/index?e=converter


معاف
maaf
http://rumi-to-jawi.appspot.com/


ظاهير
zahir
- [ ظاهر ] http://tanzil.net/#search/quran/ظاهر
- [ ظاهر ] http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=ظاهر
- [ ظاهير ] [E-Jawi Transliteration Database] http://www.ejawi.net/v3/index?e=converter
- [ ظاهير ] http://rumi-to-jawi.appspot.com/


دان
dan
http://rumi-to-jawi.appspot.com/


باطين
batin*
- [ باطن ] http://tanzil.net/#search/quran/باطن
- [ باطن ] http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=باطن
- [ باطين ] http://rumi-to-jawi.appspot.com/


* batin
- [ باتين ] --> tok batin
- [ باطين ] --> hari


Rujukan:
Ejaan Jawi untuk "zahir" dan "batin".


Mohd. Zamri Murah
zamri@ftsm.ukm.my

Pusat Teknologi Kecerdasan Buatan,
Fakulti Teknologi Sains Maklumat,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://www.jawi.ukm.my
http://www.jawiware.org
http://rumi-to-jawi.appspot.com




Bahasa Melayu: Rumi

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin



selamat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=selamat+kamus+dewan+edisi+keempat


hari raya
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hari+raya+kamus+dewan+edisi+keempat


Aidilfitri
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aidilfitri+kamus+dewan+edisi+keempat


maaf
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=maaf+kamus+dewan+edisi+keempat


zahir
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=zahir+kamus+dewan+edisi+keempat


batin
[ batin I ] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=batin+kamus+dewan+edisi+keempat




Bahasa Mandarin


开斋节快乐



kāi
http://www.xiaoma.info/hanzi.php?hz=开



zhāi
http://www.xiaoma.info/hanzi.php?hz=斋



jié
http://www.xiaoma.info/hanzi.php?hz=节



kuài
http://www.xiaoma.info/hanzi.php?hz=快




http://www.xiaoma.info/hanzi.php?hz=乐


开斋节
Kāi zhāi jié
Eid ul-Fitr (Islam); Hari Raya
http://www.xiaoma.info/compound.php?def=eid


快乐
kuài lè
happy; merry
http://www.xiaoma.info/hanzi.php?hz=乐



Dimulakan: 25 Ramadan 1434H, Sabtu / 3 Ogos 2013M, Sabtu.
Diposkan: 25 Ramadan 1434H, Sabtu / 3 Ogos 2013M, Sabtu.
Dikemaskinikan: 29 Ramadan 1434H, Rabu / 7 Ogos 2013M, Rabu.
25 Ramadan 1434H, Sabtu / 3 Ogos 2013M, Sabtu.

Khamis, 1 Ogos 2013

Nak berhenti merokok?


Betul nak berhenti merokok?

-- Bayangkan anda berhenti merokok.



Bayangkan.

Bayangkan.

Dan...

Bayangkan.



Tak dapat bayangkan?

-- Tak dapat bayangkan = tak nak berhenti.




Dimulakan: 23 Ramadan 1434H, Khamis / 1 Ogos 2013M, Khamis.
Diposkan: 23 Ramadan 1434H, Khamis / 1 Ogos 2013M, Khamis.
Dikemaskinikan: 23 Ramadan 1434H, Khamis / 1 Ogos 2013M, Khamis.

Sabtu, 27 Julai 2013

Your life...



If :
Your life
   is Your choice




Then :
Your choice
   is Your responsibility




Therefore :
   Your life
      is Your responsibility.




Dimulakan: 18 Ramadan 1434H, Sabtu / 27 Julai 2013M, Sabtu.
Diposkan: 18 Ramadan 1434H, Sabtu / 27 Julai 2013M, Sabtu.
Dikemaskinikan: .

Selasa, 23 Julai 2013

Bahasa antara saudara


Kalau bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa*,
   maka bahasa Arab adalah bahasa "antara saudara".




* menurut pandangan sesetengah pihak di Malaysia.

Dimulakan: 14 Ramadan 1434H, Selasa, / 23 Julai 2013M, Selasa.
Diposkan: 14 Ramadan 1434H, Selasa, / 23 Julai 2013M, Selasa.
Dikemaskinikan: .

Isnin, 22 Julai 2013

Kalau mak bapak pun dah karut...


Kalau mak bapak pun dah karut,
   anak-anak lagilah marut.


Kalau cikgu pun dah karut,
   anak murid lagilah marut.


Kalau pemimpin pun dah karut,
   rakyat lagilah marut,
      negara apatah lagi kusut.


Kalau suami pun dah karut,
   isteri lagilah marut,
      anak-anak lagilah kusut.


Kalau doktor pun dah karut,
   misi lagilah marut,
      pesakit apatah lagi kusut.


Kalau pemakanan pun dah karut,
   kesihatan lagilah marut.


Kalau peguam pun dah karut,
   anak guam lagilah marut,
      kes apatah lagi kusut.


Kalau orang tua pun dah karut,
   orang muda lagilah marut.


Kalau berfikir pun dah karut,
   bertindak lagilah marut.


Kalau tujuan pun dah karut,
   cara lagilah marut.


Kalau menulis pun dah karut,
   makna lagilah marut.


Kalau belajar pun dah karut,
   kerja lagilah marut.


Kalau bahasa pun dah karut,
       adab lagilah marut.


Kalau mulut pun dah karut,
   hati lagilah marut.


Kalau hidup pun dah karut,
   mati lagilah marut.




Dimulakan: 14 Ramadan 1434H, Selasa / 22 Julai 2013M, Isnin.
Diposkan: 14 Ramadan 1434H, Selasa / 22 Julai 2013M, Isnin.
Dikemaskinikan: .

Selasa, 16 Julai 2013

Salah puji & Salah keji


Salah puji
   akan memakan orang, dan
      akan menghina diri.

Salah keji
   akan dihina orang, dan
      akan memakan diri.




Dimulakan: 7 Ramadan 1434H / 16 Julai 2013M, Selasa.
Diposkan: 7 Ramadan 1434H / 16 Julai 2013M, Selasa.
Dikemaskinikan: 7 Ramadan 1434H / 16 Julai 2013M, Selasa.

Jumaat, 21 Jun 2013

Jerebu...


Definisi satira:
Satu fenomena sementara tahunan di Malaysia, di mana para pemakai purdah tidak lagi kelihatan aneh/ganjil di mata orang ramai yang rata-ratanya non-niqabi kerana orang ramai tiada pilihan lain selain daripada menjadi pemakai surgical masks atau jatuh sakit.



Dimulakan: 12 Syaaban 1434H / 21 Jun 2013M, Jumaat.
Diposkan: 12 Syaaban 1434H / 21 Jun 2013M, Jumaat.
Dikemaskinikan: 12 Syaaban 1434H / 21 Jun 2013M, Jumaat.

Khamis, 23 Mei 2013

Membandingkan diri...


Bandingkan diri
   dengan orang yang lebih baik,
      untuk menjadikan diri semakin baik.


Bandingkan diri
    dengan orang yang lebih buruk,
      untuk menjadikan diri semakin buruk.




Dimulakan: 14 Rejab 1434H / 23 Mei 2013M, Khamis.
Diposkan: 14 Rejab 1434H / 23 Mei 2013M, Khamis.
Dikemaskinikan: .

Rabu, 22 Mei 2013

Happy birthday!


Ucapan hari jadi daripada saya kepada adik saya:

Happy birthday! 

So, how f̶a̶r̶ ̶a̶w̶a̶y̶ closer are you f̶r̶o̶m̶ to your grave? 



Jawab adik saya:

duo xiè duo xiè.. very close, it's like a gap between two fingers, or lesser... huhu



Dimulakan: 12 Rejab 1434H / 22 Mei 2013M, Rabu.
Diposkan: 12 Rejab 1434H / 22 Mei 2013M, Rabu.
Dikemaskinikan: 13 Rejab 1434H / 23 Mei 2013M, Khamis.
12 Rejab 1434H / 22 Mei 2013M, Rabu.

Selasa, 21 Mei 2013

Hidup Melayu!


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu apakah tulisan rasmi mereka?


Hidup Melayu!
... kenalkah Melayu apa itu "Jawi"?


Hidup Melayu!
... retikah Melayu membaca tulisan Jawi?


Hidup Melayu!
... retikah Melayu menulis Jawi?


Hidup Melayu!
... retikah Melayu menulis khat Jawi?


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu apakah perbezaan antara "tulisan Jawi" dan "tulisan Arab"?


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu bilakah tulisan Jawi dibatalkan dengan tulisan Rumi?


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu siapakah yang membatalkan tulisan Jawi dengan tulisan Rumi?


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu bahawa "Jawi itu Melayu" dan "Melayu itu Jawi"?


Hidup Melayu!
... dalam keadaan tak kenal diri & tak sedar diri, apatah lagi sayang diri.


Hidup Melayu!
... bertemankan tulisan Jawi yang sedang nazak menunggu mati.


Hidup Melayu!
... dah lama berkubur dengan matinya iman & takwa.


Hidup Melayu!
... dengan Batu Bersurat Terengganu sebagai "batu nisanmu".



=======


1.
Gantikan "..." dengan "ironiknya".


2.
Bacaan tambahan:
https://www.facebook.com/hafidzi.noor/posts/10201145605428034



Dimulakan: 11 Rejab 1434H / 21 Mei 2013M, Selasa.
Diposkan: .
Dikemaskinikan: .

Jumaat, 10 Mei 2013

Pendekar Subuh lwn Pendekar Selimut. Bab-1


Pendekar Gebar @ Selimut
    telah tersungkur tidur
       di medan tilam.

Pendekar Subuh
    sedang berdiri gagah
       di dewan solat.




Dimulakan: 29 Jamadilakhir 1434H / 10 Mei 2013M, Jumaat.
Diposkan: 29 Jamadilakhir 1434H / 10 Mei 2013M, Jumaat.
Dikemaskinikan: 29 Jamadilakhir 1434H / 10 Mei 2013M, Jumaat.

Jumaat, 26 April 2013

Menasihat itu hak saya

15 Jamadilakhir 1434H, Ju.

Lain cara tulis (huruf besar, koma, tanda seru, dll), lain penekanannya, lain maksudnya, lain emosinya.


Menasihat itu hak saya

Menasihat itu hak saya.

Menasihat itu hak saya!

Menasihat itu hak saya!

Menasihat itu hak SAYA.

Menasihat itu HAK saya.

MENASIHAT ITU HAK SAYA.

MENASIHAT ITU HAK SAYA!

MENASIHAT ITU HAK SAYA!

Menasihat, itu hak saya.

Menasihat, itu hak saya!

Menasihat, itu hak SAYA!

Menasihat, itu HAK saya.

Menasihat, itu HAK saya!

MENASIHAT, ITU HAK SAYA!

Menasihat, itu, hak saya.

Menasihat -- itu hak saya.

Menasihat -- itu hak saya!

Menasihat -- itu HAK saya.

Menasihat -- itu HAK saya!

Menasihat -- ITU hak saya!

MENASIHAT -- itu hak saya!

Menasihat itu, hak saya.

Menasihat itu, hak saya!

Menasihat... itu hak saya.

Menasihat... Itu... Hak... Saya.

Menasihat... Itu... Hak saya.

MENASIHAT... itu hak saya.

Menasihat... ITU HAK SAYA.

Menasihat... ITU HAK SAYA!

Me-na-si-hat... itu hak saya.

Menasihat itu hak... saya.

Menasihat itu hak... SAYA.

Menasihat itu hak... SAYA!

Rabu, 17 April 2013

Menyemak bahan-bahan dalam produk berdaftar: YU YEE OIL CAP LIMAU LINIMENT (MAL19991307T) dan WONG CHEUNG WAH U-I-OIL (MEDICATED OIL) (MAL19985786T)

6 Jamadilakhir 1434H, Ra.
Dikemaskinikan: 27 Mei 2013M / 17 Rejab 1434H, Is.
23 April 2013M / 12 Jamadilakhir 1434H, Se.


Pernah guna portal Halal Malaysia?
http://www.halal.gov.my/

Kalau tak pernah, takpe. Kalau pernah, kita gunakan pengalaman yang sama untuk mencari maklumat tentang produk berdaftar pula. Kita gunakan minyak Yu Yee dan minyak U-I sebagai kajian kes (case study).


1. Pergi ke tapak web (website)... (lihat G1)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
www.bpfk.gov.my/

Nama Inggerisnya yang setara ialah National Pharmaceutical Control Bureau.

BPFK adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia / Ministry of Health Malaysia.

G1 - Tangkap layar / syot layar (screenshot) portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia (National Pharmaceutical Control Bureau, Ministry of Health Malaysia) pada 17 April 2013M.



2. Merujuk kepada G2, dalam menu mendatar (horizontal menu), pilih...
Product Search > Information on Product Searches

G2 - Ke laman web (webpage) pencarian maklumat tentang produk berdaftar.



3. Anda akan dibawa ke sini... (lihat G3)
Information on Product Searches
http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=47

Merujuk kepada G3, pilih Quest2 Product Search.

G3 - Tangkap layar laman web Information on Product Searches pada 17 April 2013M.



4. Anda akan dibawa ke sini... (lihat G4)
List of registered products
http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm

Gunakan apa-apa maklumat yang anda ada untuk mencari maklumat tambahan yang anda perlukan.

G4 - Tangkap layar laman web List of registered products pada 17 April 2013M.


Berikut adalah kod produk yang disenaraikan...
Product Codes:
A: Scheduled Poisons
X: Non-scheduled Poisons (over the counter products)
T: Traditional Medicines
K/KE: Cosmetics
C: Contract Manufactured
E: Export Only
R: Repacked
S: Second source
Kod ini tertera di hujung nombor pendaftaran produk (Product Registration No.).



5. [Kajian kes] Minyak-1: Cap limau

Merujuk kepada G5...
i. Dalam drop-down menu, pilih: Product Registration No.
ii. Dalam ruang carian, taip (atau Copy+Paste): MAL19991307T
iii. Tekan butang Search.

G5 - Mencari maklumat untuk Minyak-1 dengan menggunakan nombor pendaftaran produk.


Anda akan dibawa ke sini...
Search list of registered / notified products
... yang memaparkan keputusan carian anda. Hasilnya... (lihat G6)
No: 1
MAL NO: MAL19991307T
PRODUCT NAME: YU YEE OIL CAP LIMAU LINIMENT
COMPANY NAME: WENG SENG HENG MEDICAL FACTORY SDN. BHD.

G6 - Tangkap layar laman web Search list of registered / notified products untuk carian MAL19991307T pada 17 April 2013M.


Klik pautan pada MAL19991307T (dalam lajur MAL NO).

Anda akan dibawa ke sini... (lihat G7)
Product Detail Information for MAL19991307T
https://www.bpfk.gov.my/quest2/search/Detail.asp?Malno=MAL19991307T

Maklumat yang disenaraikan ialah...
Product Information (maklumat produk)
- Product Name (nama produk)
- Holder Name (nama pemegang)
- Address (alamat pemegang)
- Manufacturer Name (nama pengilang)
- Address (alamat pengilang)

Ingredients Information (maklumat bahan)
- Substance Name (nama bahan)

Packaging/Prince Information (maklumat pembungkusan/harga)
- Quantity (kuantiti)

Hasilnya...
Product Detail Information for MAL19991307T

Product Information
Product Name: YU YEE OIL CAP LIMAU LINIMENT
Holder Name: WENG SENG HENG MEDICAL FACTORY SDN. BHD.
Address: 1235-D & E, JALAN PAYA TERUBONG, 11060 PAYA TERUBONG, PULAU PINANG, MALAYSIA.
Manufacturer Name: WENG SENG HENG MEDICAL FACTORY SDN. BHD.
Address: 1235-D & E, JALAN PAYA TERUBONG, 11060 PAYA TERUBONG, PULAU PINANG, MALAYSIA.

Ingredients Information
No. -- Substance Name
1 -- MENTHOL
2 -- BORNEOL/GARAM PATCHAI
3 -- PEPPERMINT OIL
4 -- CLOVE OIL
5 -- CORTEX CINNAMOMI
6 -- CALAMUS DRACO
7 -- NUTMEG OIL

Packaging/Price Information
No. -- Quantity
1 -- ;;10;ml;;
2 -- ;;22;ml;;
3 -- ;;48;ml;;
4 -- ;;5;ml;;

G7 - Tangkap layar laman web Product Detail Information for MAL19991307T untuk carian pada 17 April 2013M.


Langkah seterusnya ialah menyemak bahan (substance) yang disenaraikan.
1 -- MENTHOL --> mentol
- http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=MENTHOL
- http://en.wikipedia.org/wiki/Menthol


2 -- BORNEOL/GARAM PATCHAI --> minyak kayu putih
- http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=BORNEOL

-- kayu putih --> Meloleuca leucadendron
- http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=minyak+kayu+putih+kamus+dewan+edisi+keempat

- http://books.google.com.my/books?id=AmCVN_uxXD8C&lpg=PA995&dq=define%3A%20FOLIUM%20ARTEMISIAE%20ARGYI&pg=PA270#v=onepage&q&f=false



3 -- PEPPERMINT OIL --> minyak pepermin / minyak pudina
- http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=PEPPERMINT+OIL


4 -- CLOVE OIL --> minyak cengkeh / minyak bunga cengkih
- http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=CLOVE+OIL

- http://books.google.com.my/books?id=AmCVN_uxXD8C&lpg=PA995&dq=define%3A%20FOLIUM%20ARTEMISIAE%20ARGYI&pg=PA392#v=onepage&q&f=false



5 -- CORTEX CINNAMOMI
- http://apps.who.int/medicinedocs/es/d/Js2200e/12.html#Js2200e.12

- http://books.google.com.my/books?id=H9Q8agQrJR0C&lpg=PA108&dq=define%3A%20FOLIUM%20ARTEMISIAE%20ARGYI&pg=PA184#v=onepage&q&f=false




6 -- CALAMUS DRACO
- http://botanical.com/botanical/mgmh/d/dragon20.html
- http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=calamus


7 -- NUTMEG OIL --> minyak buah pala
- http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=NUTMEG+OIL



6. [Kajian kes] Minyak-2: Cap kapal layar

Merujuk kepada G8...
i. Dalam drop-down menu, pilih: Product Registration No.
ii. Dalam ruang carian, taip (atau Copy+Paste): MAL19985786T
iii. Tekan butang Search.

G8 - Mencari maklumat untuk Minyak-2 dengan menggunakan nombor pendaftaran produk.


Anda akan dibawa ke sini...
Search list of registered / notified products
... yang memaparkan keputusan carian anda. Hasilnya... (lihat G9)
No: 1
MAL NO: MAL19985786T
PRODUCT NAME: WONG CHEUNG WAH U-I-OIL (MEDICATED OIL)
COMPANY NAME : WENG THYE HENG SDN BHD

G9 - Tangkap layar laman web Search list of registered / notified products untuk carian MAL19985786T pada 17 April 2013M.


Klik pautan pada MAL19985786T (dalam lajur MAL NO).

Anda akan dibawa ke sini... (lihat G10)
Product Detail Information for MAL19985786T
https://www.bpfk.gov.my/quest2/search/Detail.asp?Malno=MAL19985786T

Hasilnya...
Product Detail Information for MAL19985786T

Product Information
Product Name: WONG CHEUNG WAH U-I-OIL (MEDICATED OIL)
Holder Name: WENG THYE HENG SDN BHD
Address: 16-18, LEBUH CHULIA, 10200 GEORGETOWN, PULAU PINANG, MALAYSIA.
Manufacturer Name: WONG CHEUNG WAH LAU HANG TONG " U-I-OIL" MEDICINE FACTORY
Address: FLAT A, 5/F, WONG CHEUNG INDUSTRIAL BUILDING, 6, TSING YEUNG CIRCUIT, TSUEN MUN, NEW TERRITORIES, HONG KONG SAR.

Ingredients Information
No. -- Substance Name
1 -- PARAFFIN OIL
2 -- FLOS CARYOPHYLLI
3 -- TEA TREE OIL
4 -- CINNAMON OIL
5 -- SEMEN ARMENIACAE
6 -- FOLIUM ARTEMISIAE ARGYI
7 -- PEPPERMINT OIL
8 -- SANGUIS DRACONIS
9 -- RADIX GLYCYRRHIZAE

Packaging/Price Information
No. -- Quantity
1 -- ;;25;ml;;
2 -- ;;12.5;ml;;
3 -- ;;10;ml;;
4 -- ;;52;ml;;

G10 - Tangkap layar laman web Product Detail Information for MAL19985786T untuk carian pada 17 April 2013M.


Langkah seterusnya ialah menyemak bahan yang disenaraikan.
1 -- PARAFFIN OIL --> minyak parafin
- http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=+PARAFFIN+OIL


2 -- FLOS CARYOPHYLLI
- http://apps.who.int/medicinedocs/en/d/Js4927e/7.html#Js4927e.7

- http://books.google.com.my/books?id=AmCVN_uxXD8C&lpg=PA995&dq=define%3A%20FOLIUM%20ARTEMISIAE%20ARGYI&pg=PA392#v=onepage&q&f=false



3 -- TEA TREE OIL
- http://en.wikipedia.org/wiki/Tea_tree_oil


4 -- CINNAMON OIL --> minyak kayu manis / minyak cinamon
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cinnamon+oil


5 -- SEMEN ARMENIACAE
- http://books.google.com.my/books?id=AmCVN_uxXD8C&lpg=PA995&dq=define%3A%20FOLIUM%20ARTEMISIAE%20ARGYI&pg=PA664#v=onepage&q&f=false


- http://books.google.com.my/books?id=PLKOgPW4zm4C&lpg=PA133&ots=7hZqvl850Z&dq=define%3A%20SEMEN%20ARMENIACAE&pg=PA133#v=onepage&q&f=false


- http://books.google.com.my/books?id=odRH0T_U7oEC&lpg=PA364&ots=hoPZBjMYJ4&dq=define%3A%20SEMEN%20ARMENIACAE&pg=PA364#v=onepage&q&f=false



6 -- FOLIUM ARTEMISIAE ARGYI
- http://books.google.com.my/books?id=AmCVN_uxXD8C&lpg=PA995&dq=define%3A%20FOLIUM%20ARTEMISIAE%20ARGYI&pg=PA586#v=onepage&q&f=false


- http://books.google.com.my/books?id=H9Q8agQrJR0C&lpg=PA108&dq=define%3A%20FOLIUM%20ARTEMISIAE%20ARGYI&pg=PA108#v=onepage&q&f=false



7 -- PEPPERMINT OIL --> rujuk Langkah 5


8 -- SANGUIS DRACONIS
- http://books.google.com.my/books?id=AmCVN_uxXD8C&lpg=PA995&dq=define%3A%20FOLIUM%20ARTEMISIAE%20ARGYI&pg=PA542#v=onepage&q&f=false



9 -- RADIX GLYCYRRHIZAE
- http://books.google.com.my/books?id=AmCVN_uxXD8C&lpg=PA995&dq=define%3A%20FOLIUM%20ARTEMISIAE%20ARGYI&pg=PA716#v=onepage&q&f=false




7. Kesimpulannya...
- Berdasarkan bahan-bahan yang disenaraikan di tapak web BPFK semata-mata, tiada unsur-unsur babi dalam kedua-dua minyak.


Cadangan dan lain-lainnya...
- Sebaik-baiknya kedua-dua pengeluar minyak memohon sijil Halal Malaysia untuk minyak keluaran mereka.

- Sehingga dibawa ke tengah ujikaji makmal oleh:
Jabatan Kimia Malaysia
- http://www.kimia.gov.my/
- https://www.facebook.com/pages/Jabatan-Kimia-Malaysia/190689124276487
...yang membuktikan terdapat unsur-unsur babi dalam kedua-dua minyak di atas, para penyebar khabar mungkin telah diperalatkan untuk melakukan publisiti jelik, tak kiralah sama ada untuk melariskan produk atau menjatuhkan saingan.

- Sekiranya ujikaji makmal berjaya membuktikan bahawa benar-benar wujud unsur-unsur babi, adakah ia dimasukkan secara sengaja (intentional) atau tidak disengajakan (unintentional).



8. Penghargaan kepada...
- Adik saya yang menginspirasikan carian ini, dan Allah Subhanahuwataala yang mengilhamkan post ini.

- Penghasil / pemuatnaik gambar ini...
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=521115014593251 [11 April 2013]
... untuk maklumat tentang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

- Penulis post...
Minyak Yu Yee Cap Limau Timbul Keraguan? [Wednesday, 19 December 2012]
http://tenterasabil.blogspot.com/2012/12/minyak-yu-yee-cap-limau-timbul-keraguan.html
... untuk nombor pendaftaran produk-produk yang digunakan dalam kajian kes ini.

- Sahabat Halal JAKIM...
https://www.facebook.com/SahabatHalalMalaysia/posts/515605278488627?comment_id=5337438 [21 Mei 2013]
... untuk maklumat tentang Jabatan Kimia Malaysia.

Ahad, 14 April 2013

Perbandingan ejaan dan makna "Wati"

2 Jamadilakhir 1434H, Ah.

Bahasa Arab

Ejaan
وطء
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20101231170527AAbI6RL

وَطْء
http://www.lessan.org/en/وطء


Makna
  • وَطْء ( الجذر: وطء - المجال: عــام ) : جِماع
    sex
    - sexual instincts and desires or sexual intercourse
    - sexual intercourse
    - sexual intercourse
    - act of having sexual intercourse
    - copulation, sex
    - sexual intercourse
    - amorous sexual activity

    وَطْء ( الجذر: وطء - المجال: عــام ) : دَوْس
    enter; go into
    - treading on
    - treading underfoot, or pressing down or crushing in this way .
    - stepping on ; setting foot on
    - the act of trampling .

    وَطْء ( الجذر: وطء - المجال: عــام ) : مُنْخَفَ
    depression - a part of a surface that is lower than the other parts

    وَطْء ( الجذر:  - المجال:  ) : جِمَاع
    sexual intercourse, copulation, coitus, coition, carnal knowledge

    وَطْء ( الجذر:  - المجال:  ) : دَوْس
    treading on, stepping on
    -  setting foot on
    -  trampling down

    وَطْء ( الجذر:  - المجال:  ) : مُنْخَفَض
    depression, low ground


    Category -- Meaning -- Original text
    General -- trample ( N .) -- وطء ، دوس = صوت الوطء او الدوس
    Legal -- Concubinage -- وطء الأمة المملوكة ملك يمين
    Legal -- Sodomy , Homosexuality -- وطء الذكر في دبره
    Legal -- Adultery , fornication -- وطء المرأة في قبلها وطأ خاليا من الملك والشبهة
    Psychological -- Necrophilia -- وطء الجثة
  • http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=وطء&lang_name=Arabe&type_word=2&dspl=0
  • persetubuhan(?)





Bahasa Melayu

Ejaan (Jawi)
واتي
http://rumi-to-jawi.appspot.com/page


Makna
wati
ark

1. sl alam, angkasa, langit (dlm kata majmuk);

2. bentuk yg menyatakan perem­puan (spt yg digunakan dlm perkataan peragawati dan seniwati).

Kamus Dewan Edisi Keempat
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wati+kamus+dewan+edisi+keempat

* ark -- arkaik
* sl -- sastera lama





* Bila lain ejaannya (Arab vs Jawi), maka lainlah sebutannya.
* Bila lain ejaan dan sebutannya, maka lainlah maknanya. Kan? Kan?

Khamis, 4 April 2013

Undi anda adalah rahsia...

22 Jamadilawal 1434H, Ra.

Undi anda adalah rahsia...
   yang dapat dirahsiakan daripada manusia.

Undi anda adalah rahsia...

   yang tidak dapat dirahsiakan daripada malaikat pencatat (Raqib & Atid), dan Allah Subhanahuwataala.


Isnin, 1 April 2013

Bodoh-Pandai, Ajar-Turut

21 Jamadilawal 1434H, Se.

Tak salah kalau bodoh,
   tapi jadilah bodoh yang boleh diajar.

Tak salah kalau pandai,
   tapi jadilah pandai yang boleh diturut.

Yang salah adalah
   bodoh tapi tak boleh diajar,
   pandai tapi tak boleh diturut.

Isnin, 18 Mac 2013

Take the lead

6 Jamadilawal 1434H, Is.

If YOU (the experts) won't take the lead,
then I (the non-expert) will take the lead.
And when I do take the lead, ...

Sabtu, 23 Februari 2013

If you think...

12 Rabiulakhir 1434H, Sa.

If you think I'm beautiful...
 Wait until you meet my mother.

If you think I'm handsome...
 Wait until you meet my father.

If you think I'm clever...
 Wait until you meet my teachers!