Khamis, 26 Julai 2012

[Peribahasa Melayu] Kerana mulut badan binasa

6 Ramadan 1433H, Kh.

Gambar 1 -


Kerana mulut badan binasa.

Takrif: Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Ahai tu apa?
ahai
sr
kata utk menarik perhatian:

saya tak senang kalau tak lalu di muka rumah sau­dari, ~!

Sumber: ahai -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Ahad, 1 Julai 2012

[Peribahasa Melayu] Anak kucing menjadi harimau

11 Syaaban 1433H, Ah.

Gambar 1 -


Anak kucing menjadi harimau.

Takrif: Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Mengiau tu apa?
mengiau
(bkn kucing) berbunyi iau, mengeong:

dr tadi lagi, kucing itu ~, lapar agaknya.

Sumber: mengiau -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu


Mengaum tu apa?
mengaum
berbunyi menderam (bkn hari­mau, singa):

kambing mengembek, harimau ~;

Sumber: mengaum -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu