Jumaat, 30 September 2022

Buat jahat jangan sekali


Kerana
   dari tidak pernah
      ke sekali
         itu susah.



Dari sekali
   ke dua kali
      itu sedikit susah.



Dari dua kali
   ke tiga kali
      itu tidak lagi susah.



Dari tiga kali
   ke kali berikutnya
      itu mudah.



Dan
   dari kali berikutnya
      ke kali seterusnya
         itu semakin mudah.





Tetapi
   dari kali sekian
      ke tidak lagi
         itu teramat susah.








Dimulakan: 2 Rabiulawal 1444H, Khamis / 29 September 2022M, Khamis.
Disiarkan: 3 Rabiulawal 1444H, Jumaat / 30 September 2022M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Selasa, 20 September 2022

Makanan



Orang bodoh
   makanan orang jahat.


Orang baik
   makanan orang jahat.




Ilmu
   makanan orang belajar.

Fikir
   makanan orang pandai.



Adab
   makanan orang baik.

Malu
   makanan orang sopan.



Usaha
   makanan orang maju.

Tekun
   makanan orang berjaya.






Persoalannya:
   Saya ini yang mana satu?

Dimulakan: 23 Safar 1444H, Selasa / 20 September 2022M, Selasa.
Disiarkan: 23 Safar 1444H, Selasa / 20 September 2022M, Selasa.
Dikemaskinikan: