Memaparkan catatan dengan label rambang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rambang. Papar semua catatan

Selasa, 12 Ogos 2025

MERDEKA!


Bersatu, teguh merdeka!

Bercerai, roboh dijajah.







Dimulakan: 18 Safar 1447H, Selasa / 12 Ogos 2025M, Selasa.
Disiarkan:
Dikemaskinikan:

Isnin, 4 Mac 2024

Biar reti beza


Perempuan reti malu.
Betina tak reti malu.



Manja, lain.
Gedik, lain.



Manja ada maruah.
Gedik tiada maruah.



Perempuan tak melayan lelaki.
Betina melayan lelaki.



Perempuan sorokkan diri.
Betina tayangkan diri.



Perempuan kisah dosa pahala.
Betina tak kisah dosa pahala.



Perempuan dibuat bini.
Betina dibuat main.



Bidadari.
Perempuan.
Betina.
Dah tua-tua
   masih tak reti beza ke?







Dimulakan: 23 Syaaban 1445H, Isnin / 4 Mac 2024, Isnin.
Disiarkan: 23 Syaaban 1445H, Isnin / 4 Mac 2024, Isnin.
Dikemaskinikan: -

Selasa, 17 Januari 2023

Nenek moyang -dan- anak cucu



Jikalau nenek moyang membina nama baik,
   Janganlah anak cucu membuang baka.




Jikalau nenek moyang membuang baka,
   Ayuhlah anak cucu membina nama baik.







Dimulakan: 24 Jamadilakhir 1444H, Selasa / 17 Januari 2023M, Selasa.
Disiarkan: 24 Jamadilakhir 1444H, Selasa / 17 Januari 2023M, Selasa.
Dikemaskinikan:

Sabtu, 7 Januari 2023

Kawan -dan- Umpat



Hendak kawan,
   jangan umpat.




Hendak umpat,
   jangan kawan.







Dimulakan: 15 Jamadilakhir 1444H, Ahad / 7 Januari 2023M, Sabtu.
Disiarkan: 15 Jamadilakhir 1444H, Ahad / 7 Januari 2023M, Sabtu.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 30 September 2022

Buat jahat jangan sekali


Kerana
   dari tidak pernah
      ke sekali
         itu susah.



Dari sekali
   ke dua kali
      itu sedikit susah.



Dari dua kali
   ke tiga kali
      itu tidak lagi susah.



Dari tiga kali
   ke kali berikutnya
      itu mudah.



Dan
   dari kali berikutnya
      ke kali seterusnya
         itu semakin mudah.





Tetapi
   dari kali sekian
      ke tidak lagi
         itu teramat susah.








Dimulakan: 2 Rabiulawal 1444H, Khamis / 29 September 2022M, Khamis.
Disiarkan: 3 Rabiulawal 1444H, Jumaat / 30 September 2022M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Selasa, 20 September 2022

Makanan



Orang bodoh
   makanan orang jahat.


Orang baik
   makanan orang jahat.




Ilmu
   makanan orang belajar.

Fikir
   makanan orang pandai.



Adab
   makanan orang baik.

Malu
   makanan orang sopan.



Usaha
   makanan orang maju.

Tekun
   makanan orang berjaya.






Persoalannya:
   Saya ini yang mana satu?

Dimulakan: 23 Safar 1444H, Selasa / 20 September 2022M, Selasa.
Disiarkan: 23 Safar 1444H, Selasa / 20 September 2022M, Selasa.
Dikemaskinikan:

Khamis, 7 Julai 2022

Pandai -dan- Bodoh


Orang bodoh
   boleh menjadi pandai
      apabila dia mula belajar.



Orang pandai
   boleh menjadi bodoh
      apabila dia berhenti belajar.



Orang bodoh
   boleh kekal bodoh
      apabila dia enggan belajar.



Orang pandai
   boleh kekal pandai
      apabila dia kekal belajar.







Persoalannya:
   Saya ini yang mana satu?

Dimulakan: 7 Zulhijah 1443H, Khamis / 7 Julai 2022M, Khamis.
Disiarkan: 7 Zulhijah 1443H, Khamis / 7 Julai 2022M, Khamis.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 3 Jun 2022

Berkat



RM 1
   yang
      berkat.




RM 5
   yang
      kurang berkat.




RM 10
   yang
      tidak berkat.







Persoalannya:
   Saya ini pilih yang mana satu?

Dimulakan: 3 Zulkaedah 1443H, Jumaat / 3 Jun 2022M, Jumaat.
Disiarkan: 3 Zulkaedah 1443H, Jumaat / 3 Jun 2022M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Ahad, 29 Mei 2022

Daya



Motivasi
      datang dan pergi.




Semangat
      menua.




Tabiat
      kekal


         ... hingga diubah.







Maka
      bentukkanlah tabiat.







Dimulakan: 27 Syawal 1443H, Sabtu / 28 Mei 2022M, Sabtu.
Disiarkan: 28 Syawal 1443H, Ahad / 29 Mei 2022M, Ahad.
Dikemaskinikan:

Isnin, 16 Mei 2022

Tanah



Dijual
   dapat duit.




Diusahakan
   dapat duit.







Tapi...






Dimulakan: 16 Syawal 1443H, Selasa / 16 Mei 2022M, Isnin.
Disiarkan: 16 Syawal 1443H, Selasa / 16 Mei 2022M, Isnin.
Dikemaskinikan:

Selasa, 12 April 2022

Engkau -dan- Pemimpin




Sebagaimana engkau,
sebegitulah pemimpin.






Persoalannya:
   Saya ini bagaimana?

Dimulakan: 10 Ramadan 1443H, Selasa / 12 April 2022M, Selasa.
Disiarkan: 10 Ramadan 1443H, Selasa / 12 April 2022M, Selasa.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 25 Mac 2022

Menghina -dan- Merendah


Kita
   menghina diri
      di hadapan Allah.




Kita
   merendah diri
      di hadapan manusia.







Dimulakan: 22 Syaaban 1443H, Jumaat / 25 Mac 2022M, Jumaat.
Disiarkan: 22 Syaaban 1443H, Jumaat / 25 Mac 2022M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Rabu, 9 Mac 2022

Bersih -dan- Cantik


Tempat yang bersih
   sememangnya cantik.



Tempat yang cantik
   sememangnya bersih.







Dimulakan: 18 Rabiulawal 1436H, Jumaat / 8 Januari 2015, Khamis.
Disiarkan: 6 Syaaban 2022M, Rabu / 9 Mac 2022M, Rabu.
Dikemaskinikan:

Isnin, 24 Januari 2022

Belajar


Ada masa
   belajar.


Ada duit
   belajar.


Ada peluang
   belajar.






Dimulakan: 21 Jamadilakhir 1443H, Isnin / 24 Januari 2022M, Isnin.
Disiarkan: 21 Jamadilakhir 1443H, Isnin / 24 Januari 2022M, Isnin.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 3 September 2021

Setiap kita adalah



Pengikut
   kepada orang-orang
      sebelum kita.



Pemimpin
   kepada orang-orang
      selepas kita.



Penasihat
   kepada orang-orang
      semasa kita.







Dimulakan: 25 Muharam 1443H, Jumaat / 3 September 2021M, Jumaat.
Diposkan: 25 Muharam 1443H, Jumaat / 3 September 2021M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 18 Jun 2021

Kelihatan


Ada orang
   dia buat baik;
      dia sahaja yang kelihatan baik.



Ada orang
   dia buat baik;
      dia kelihatan baik
         dan orang lain juga kelihatan baik.



Ada orang
   dia buat baik;
      dia sahaja yang kelihatan baik
         tetapi orang lain kelihatan jahat.







Dimulakan: 7 Zulkaedah 1442H, Jumaat / 18 Jun 2021M, Jumaat.
Disiarkan: 7 Zulkaedah 1442H, Jumaat / 18 Jun 2021M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 1 Januari 2021

Niat -dan- Cara



Niat ibadah kerana Allah.

Ikut cara Nabi.






Dimulakan: 8 Jamadilawal 1442H, Rabu / 23 Disember 2020M, Rabu.
Diposkan: 17 Jamadilawal 1442H, Jumaat / 1 Januari 2021M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 25 Disember 2020

Sejak bilakah


"... hidup dan mati aku hanya kerana Allah Tuhan Sekalian Alam."
-- Sebahagian daripada terjemahan doa iftitah.






Persoalannya:
Sejak bilakah hidup dan mati saya hanya kerana Allah Taala?
Sejak bilakah saya menjadikan hidup dan mati saya hanya kerana Allah Taala?


"[...] Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata untuk Allah Tuhan [S]emesta [A]lam. [...]"


Dimulakan: 10 Jamadilawal 1442H, Jumaat / 25 Disember 2020M, Jumaat.
Diposkan: 10 Jamadilawal 1442H, Jumaat / 25 Disember 2020M, Jumaat.
Dikemaskinikan: 10 Jamadilawal 1442H, Jumaat / 25 Disember 2020M, Jumaat.

Jumaat, 20 November 2020

Terbaik


Buat yang terbaik.


Berikan yang terbaik.






Dimulakan: 1 Rabiulakhir 1442H, Selasa / 17 November 2020M, Selasa.
Disiarkan: 4 Rabiulakhir 1442H, Jumaat / 20 November 2020M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Rabu, 21 Oktober 2020

Fear



I don't fear of losing you.


   I fear of holding you back.






Dimulakan: 4 Rabiulawal 1442H, Rabu / 21 Oktober 2020M, Rabu.
Disiarkan: 4 Rabiulawal 1442H, Rabu / 21 Oktober 2020M, Rabu.
Dikemaskinikan: