Sunday, February 28, 2016

Pelabur -atau- Pelebur




Ada orang
melaburkan usaha
untuk maju dan berjaya.



Ada orang
meleburkan bahasa*
untuk maju dan berjaya.







* tulisan / bahasa / jati diri / maruah / dll.

Dimulakan: 19 Jamadilawal 1437H, Ahad / 28 Februari 2016M, Ahad.
Diposkan: 19 Jamadilawal 1437H, Ahad / 28 Februari 2016M, Ahad.
Dikemaskinikan:

Sunday, February 14, 2016

Ramai -dan- Seorang



Buat jahat beramai-ramai
akan terasalah
betul dan baiknya
kejahatan itu.


Buat baik seorang-seorang
akan terasalah
salah dan jahatnya
kebaikan itu.




Dimulakan: 24 Rabiulakhir 1437H, Rabu / 3 Februari 2016M, Rabu.
Diposkan: 5 Jamadilawal 1437H, Ahad / 14 Februari 2016M, Ahad.
Dikemaskinikan:

Saturday, February 13, 2016

Jual-Beli Maruah



Kemajuan hari ini
adalah hasil daripada
menjual maruah tulisan Jawi
dan membeli maruah tulisan Rumi
pada hari kelmarin.


Kemajuan hari esok
adalah hasil daripada
menjual maruah bahasa Melayu
dan membeli maruah bahasa Inggeris
pada hari ini.




Dimulakan: 4 Jamadilawal 1437H, Sabtu / 13 Februari 2016M, Sabtu.
Diposkan: 4 Jamadilawal 1437H, Sabtu / 13 Februari 2016M, Sabtu.
Dikemaskinikan: