Jumaat, 31 Disember 2010

Ayam Halia Masak Telur sempena kemenangan Harimau Malaya

24 Muharam 1432H

Pic 1 - Ayam Halia Masak Telur sempena kemenangan Harimau Malaya.


Bahan-bahan
- 3 bahagian daripada ayam (chicken) yang telah dipotong 8 (apa-apa bahagian boleh)
- 1 inci halia (ginger) (lebih pun boleh)
- 5 ulas bawang putih (garlic)
- 5 tangkai cili padi (Capsicum frutescens) (kurang/lebih pun boleh)
- kacang pis (green peas)
- 1 biji telur ayam (chicken egg)
- serbuk lada hitam (blackpepper powder)
- garam (salt)
- air (water)
- secubit mixed herbs* (jangan banyak, nanti mengubah bau masakan)
- secubit serbuk kulit kayu manis* (cinnamon powder)

Pic 2 - Rempah. *Pilihan, boleh dimasukkan atau dikecualikan.



Cara-cara
1. Bawang putih dan halia dihiris nipis-nipis. Cili padi dibelah dua secara memanjang. Ayam dipotong kecil.

2. Telur dipecahkan ke dalam mangkuk yang berasingan dan dipukul. Letak tepi buat sementara.

3. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia, dan cili padi.

4. Agak-agak sebelum bawang putih menjadi keperangan, masukkan sedikit garam -- sekadar menambah rasa**, tak perlu masin. Tambahkan juga serbuk lada hitam, mixed herbs, dan serbuk kulit kayu manis. Kacau.

5. Apabila terbit bau, masukkan ayam dan gorengkan dengan rempah buat seketika.

6. Apabila ayam kelihatan separa masak, masukkan air dan biarkan masak.

7. Apabila ayam agak-agak hampir masak, masukkan kacang pis.

8. Gaul sekali-sekala agar masak rata.

9. Tutupkan api apabila ayam sudah masak. Elakkan daripada ayam dimasak lama.

10. Telur yang telah dipukul tadi dituang sambil sebelah tangan lagi mengacau telur yang masuk ke dalam kuah. Lakukan sementara kuah masih panas.

11. Hidang sementara masih panas.



Nota
** Ayam Halia Masak Telur sempena kemenangan Harimau Malaya ini tidak perlu masin seperti hidangan-hidangan biasa, cukup sekadar tiada rasa tawar padanya. Ini kerana hidangan lebih sedap dimakan dengan kehadiran sedikit rasa manis. Apabila dimakan bersama nasi putih, tambahkan sedikit kicap manis bagi menambah rasa. Walaubagaimana pun, terpulang kepada lidah masing-masing.

- Jika hendak pedas lagi, lebihkan lada hitam.

Jumaat, 10 Disember 2010

Ke mana hendak menderma/sedekah?

Update: 24 Dis 2010M, 18 Muharam 1432H.

Persatuan Cina Muslim Malaysia /
Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
http://www.macma.org.my/home/index.php?option=com_content&task=view&id=54&Itemid=97


4 Muharam 1432H


Tabung Pembangunan Keluarga JAHEAIK (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan)
http://www.jaheaik.gov.my/index.php/hubungi-kami


View Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) in a larger map



Pusat Pendidikan Al Barakah
http://www.albarakah.org/hubungi/index.html
Lot 61083, Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi, 30020 Ipoh, Perak.



Akademi Tahfiz Al-Quran Wal Hadith
http://www.tahfizbestari.com/index.php?option=com_content&view=article&id=89&Itemid=102

(Induk) No. 22A, Tingkat 1, Jalan 7/2, Serdang Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

(Cawangan) Blok 1, Lot 42, Centenary Newtown Ship WDT 147, 89159 Kota Belud, Sabah.



Derma Pembangunan Darul Kautsar
http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2269
Lot 1496/1497 Taman Sri Demit, Jalan HUSM, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Peta:
http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode&q=taman+sri+demit&sll=37.0625%2C-95.677068&sspn=39.371738%2C79.013672&ie=UTF8&hq=taman+sri+demit&hnear&radius=15000&ll=6.10693%2C102.28014&spn=0.092512%2C0.154324&t=h&z=13&iwloc=A



Derma Masjid Ar-Rahman
http://www.abuanasmadani.com/?p=645
Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.

Peta:
http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode&q=Sungai+Durian+Malaysia&sll=6.10693%2C102.28014&sspn=0.092512%2C0.154324&ie=UTF8&hq&hnear=Sungai+Durian%2C+Tanjong+Tualang%2C+Perak%2C+Malaysia&ll=4.289068%2C101.045036&spn=0.097059%2C0.154324&t=h&z=13&iwloc=A