Jumaat, 5 Ogos 2016

Di antara menangis dan merindu,



Menangis itu 'seruas' sahaja.


Merindu itu yang 'berdepa-depa'.




Dan 'meruas' dalam 'mendepa' itu...







Dimulakan: 2 Zulkaedah 1437H, Jumaat / 5 Ogos 2016M, Jumaat.
Diposkan: 2 Zulkaedah 1437H, Jumaat / 5 Ogos 2016M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Khamis, 28 Julai 2016

Ilmu . Akhlak




Ilmu: Ada
Akhlak: Ada



Ilmu: Tiada
Akhlak: Ada



Ilmu: Ada
Akhlak: Tiada



Ilmu: Tiada
Akhlak: Tiada







Persoalannya:
   Saya ini yang mana satu?

Dimulakan: 23 Syawal 1437H, Khamis / 28 Julai 2016M, Khamis.
Diposkan: 23 Syawal 1437H, Khamis / 28 Julai 2016M, Khamis.
Dikemaskinikan:

Selasa, 28 Jun 2016

Satu bata & Memusnah bersama




Saya ambil satu bata dari tempatnya,
   kemudian campak.




Awak ambil satu bata dari tempatnya,
   kemudian campak.




Dia ambil satu bata dari tempatnya,
   kemudian campak.




Mereka ambil satu bata dari tempatnya,
   kemudian campak.




Generasi seterusnya ambil satu bata dari tempatnya,
   kemudian campak.




Lama-lama
   Termusnahlah sesuatu bersama.






Lihat juga:
http://gulaley.blogspot.my/2016/06/satu-bata-membina-bersama.html

Dimulakan: 22 Ramadan 1437H, Isnin / 27 Jun 2016M, Isnin.
Diposkan: 23 Ramadan 1437H, Selasa / 28 Jun 2016M, Selasa.
Dikemaskinikan:

Isnin, 27 Jun 2016

Satu bata & Membina bersama




Saya ambil satu bata,
   kemudian letak di tempatnya.




Awak ambil satu bata,
   kemudian letak di tempatnya.




Dia ambil satu bata,
   kemudian letak di tempatnya.




Mereka ambil satu bata,
   kemudian letak di tempatnya.




Generasi seterusnya ambil satu bata,
   kemudian letak di tempatnya.




Lama-lama
   Terbinalah sesuatu bersama.






Dimulakan: 22 Ramadan 1437H, Isnin / 27 Jun 2016M, Isnin.
Diposkan: 22 Ramadan 1437H, Isnin / 27 Jun 2016M, Isnin.
Dikemaskinikan:

Sabtu, 25 Jun 2016

Niat & Cara




Niat yang betul,
   cara yang salah.




Niat yang salah,
   cara yang betul.




Niat yang betul,
   cara yang betul.




Niat yang salah,
   cara yang salah.







Persoalannya:
   Pasangan yang manakah selamat untuk diguna pakai di dunia dan akhirat?

Dimulakan: 21 Ramadan 1437H, Ahad / 25 Jun 2016M, Sabtu.
Diposkan: 21 Ramadan 1437H, Ahad / 25 Jun 2016M, Sabtu.
Dikemaskinikan:

Isnin, 30 Mei 2016

Luar -dan- Dalam




Sudah-sudahlah tengok orang luar.


Marilah tengok pula orang dalam.







Dimulakan: 23 Syaaban 1437H, Isnin / 30 Mei 2016M, Isnin.
Diposkan: 23 Syaaban 1437H, Isnin / 30 Mei 2016M, Isnin.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 27 Mei 2016

Nikmat bahasa




Mensyukuri nikmat.



- atau-



Mengkufuri nikmat.






Persoalannya:
   Adakah bahasa itu nikmat?

Dimulakan: 20 Syaaban 1437H, Jumaat / 27 Mei 2016M, Jumaat.
Diposkan: 20 Syaaban 1437H, Jumaat / 27 Mei 2016M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Rabu, 25 Mei 2016

Nikmat di dalam Tangan




Ralik melihat nikmat yang berada di dalam tangan orang lain

   hingga kufur akan nikmat yang berada di dalam tangan sendiri.







Persoalannya:
   Apakah nikmat yang berada di dalam tangan saya?

Dimulakan: 18 Syaaban 1437H, Rabu / 25 Mei 2016M, Rabu.
Diposkan: 19 Syaaban 1437H, Khamis / 25 Mei 2016M, Rabu.
Dikemaskinikan:

Selasa, 24 Mei 2016

Wahai Babi-babi di laluan kecemasan




Wahai babi,
   kembalilah menjadi manusia.



Tolong kembalilah menjadi manusia yang bertimbang rasa.


Tolong kembalilah menjadi manusia yang berhati perut.


Tolong kembalilah menjadi manusia yang bertamadun.


Tolonglah jangan diteruskan menjadi babi pembunuh manusia.


Tolonglah jangan diteruskan menjadi babi.






... Kerana engkau sebenarnya manusia yang baik, kan.







Lihat juga:

http://gulaley.blogspot.my/2016/03/penyelamat-atau-pembunuh.html

http://gulaley.blogspot.my/2016/05/bunuh.html

http://gulaley.blogspot.my/2016/01/tuan-ini.html

Dimulakan: 17 Syaaban 1437H, Selasa / 23 Mei 2016M, Isnin.
Diposkan: 17 Syaaban 1437H, Selasa / 24 Mei 2016M, Selasa.
Dikemaskinikan:

Isnin, 23 Mei 2016

Bunuh




Biasanya,
   manusia membunuh babi.


Adakalanya,
   babi membunuh manusia.







Lihat juga:

http://gulaley.blogspot.my/2016/03/penyelamat-atau-pembunuh.html

Dimulakan: 17 Syaaban 1437H, Selasa / 23 Mei 2016M, Isnin.
Diposkan: 17 Syaaban 1437H, Selasa / 23 Mei 2016M, Isnin.
Dikemaskinikan:

Ahad, 22 Mei 2016

Céh!




Harapkan lahirnya sahaja di Malaysia,

   harapkan membesarnya sahaja di Malaysia,

      tetapi bahasa Melayunya lemah dan kekurangan sifat.







Hendak membezakan di antara baku dengan slanga pun tidak tahu. Aduhai!

Dimulakan: 14 Syaaban 1437H, Sabtu / 21 Mei 2016M, Sabtu.
Diposkan: 15 Syaaban 1437H, Ahad / 22 Mei 2016M, Ahad.
Dikemaskinikan:

Sabtu, 21 Mei 2016

K




Kakiku ke kok?






/a/
/i/
/u/
/e/
/é/
/o/

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kekok

Dimulakan: 13 Syaaban 1437H, Jumaat / 20 Mei 2016M, Jumaat.
Diposkan: 14 Syaaban 1437H, Sabtu / 21 Mei 2016M, Sabtu.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 20 Mei 2016

Yang mana satu nampak di mata?




1 pujian.

10 celaan.

20 kritikan.

30 teguran.







Yang mana satu terkesan di hati?

Yang mana satu terlekat di ingatan?

Yang mana satu terzahir di tangan?

Dimulakan: 13 Syaaban 1437H, Jumaat / 20 Mei 2016M, Jumaat.
Diposkan: 13 Syaaban 1437H, Jumaat / 20 Mei 2016M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Khamis, 19 Mei 2016

Menyusahkan orang



Kecil-kecil tak nak mati,
   sudah besar menyusahkan orang.


Muda-muda tak nak belajar,
   sudah tua menyusahkan orang.







Eh?

Dimulakan: 12 Syaaban 1437H, Khamis / 19 Mei 2016M, Khamis.
Diposkan: 12 Syaaban 1437H, Khamis / 19 Mei 2016M, Khamis.
Dikemaskinikan:

Ahad, 8 Mei 2016

Serbi tapir




Susu segar tapir.


Susu tepung tapir.


Keju susu tapir.



Berani merintis?







Dimulakan: 1 Syaaban 1437H, Ahad / 8 Mei 2016M, Ahad.
Diposkan: 1 Syaaban 1437H, Ahad / 8 Mei 2016M, Ahad.
Dikemaskinikan:

Sabtu, 7 Mei 2016

Siapa saya?



Sementara itu di Negara Jantung Pisang Ubi Kayu, sepuak pemimpin dan rakyatnya sendiri sedang berusaha berperingkat-peringkat menggantikan bahasa ibunda mereka sendiri dengan bahasa penjajah. Sebagai peringatan, mereka telah dengan jayanya menggantikan tulisan 'ibunda' mereka sendiri dengan tulisan penjajah.

Sedar tak sedar, jati diri pada zaman sekarang ini boleh digambarkan dengan ungkapan "I can't even write in proper Malay" dan "I can't even speak proper Malay". Inilah antara hasil dari usaha sepuak ini. Berbanggakah sepuak ini dengan usaha dan hasil mereka? Angkat tangan siapa yang berbangga dengan usaha dan hasil mereka.



Persoalannya:
Am I able to write in proper Malay?
Am I able to speak proper Malay?

What am I? Am I an imitator?
When does an imitator become a pioneer?






Lihat juga:
- https://youtu.be/8IBfgUNpRsY
- https://youtu.be/6vugHPwnfnk
- https://youtu.be/GJBSU8n6iO0

Dimulakan: 29 Rejab 1437H, Sabtu / 7 Mei 2016M, Sabtu.
Diposkan: 29 Rejab 1437H, Sabtu / 7 Mei 2016M, Sabtu.
Dikemaskinikan: 1 Syaaban 1437H, Ahad / 8 Mei 2016M, Ahad.

Selasa, 26 April 2016

Berbulu




Musang berbulu ayam.


Serigala berbulu domba.


Jahat berbulu baik.


Bodoh berbulu pandai.


Zalim berbulu adil.


Tua berbulu muda.


Bangsawan berbulu marhaen.


Kaya berbulu miskin.







http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=musang+berbulu+ayam&d=11

Dimulakan: 17 Rejab 1437H, Isnin / 25 April 2016M, Isnin.
Diposkan: 19 Rejab 1437H, Rabu / 26 April 2016M, Selasa.
Dikemaskinikan: 19 Rejab 1437H, Rabu / 26 April 2016M, Selasa.

Isnin, 25 April 2016

Kampung



1. Bahasa Khmer. (bahasa Kemboja)


(a) Tulisan Khmer:
កំពង់


(b) Transliterasi dari bahasa Khmer ke bahasa Melayu Rumi:
- kampong
- kompong(?)




2. Bahasa Melayu.


(a) Tulisan Jawi:
كامڨوڠ


(b) Transliterasi dari bahasa Melayu Jawi ke bahasa Melayu Rumi:
kam·pung


(c) Tulisan Rumi:
- kampung
- kampong




3. Contoh:
- Kampong Phluk, Siem Reap, Kemboja.
https://goo.gl/maps/HUjcAygQSB62

- Masjid Kampung Laut, Nilam Puri, Kelantan, Malaysia.
https://goo.gl/maps/tq68oKkN8772

- Kampong Ayer, Bandar Seri Begawan, Brunei.
https://goo.gl/maps/o7GjVDb9HJD2




4. Rujukan:
- brosur
- http://omniglot.com/writing/khmer.htm
- https://translate.google.com/
- http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kampung
- dan lain-lain






Dimulakan: 2 Rejab 1437H, Ahad / 9 April 2016M, Sabtu.
Diposkan: 17 Rejab 1437H, Isnin / 25 April 2016M, Isnin.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 15 April 2016

Islam . Adat




Ada orang meletakkan
   Islam dahulu,
      Adat kemudian.





Ada orang meletakkan
   Adat dahulu,
      Islam kemudian.







Persoalannya:
   Saya ini yang mana satu?

Dimulakan: 7 Rejab 1437H, Jumaat / 15 April 2016M, Jumaat.
Diposkan: 7 Rejab 1437H, Jumaat / 15 April 2016M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Ahad, 10 April 2016

Kucing




Kentut kucing.
   Kentutnya bisu,
      Baunya busuk.




Main kucing.
   Mainnya lasak,
      Suaranya bisu.*







* kecuali jikalau kesakitan.

Dimulakan: 24 Jamadilakhir 1437H, Sabtu / 2 April 2016M, Sabtu.
Diposkan: 2 Rejab 1437H, Ahad / 10 April 2016M, Ahad.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 8 April 2016

Sejarah



Ada orang
   gagal dalam mata pelajaran Sejarah.


Ada orang
   gagal belajar dari sejarah.







Persoalannya:
   Saya yang mana satu?

Dimulakan: 1 Rejab 1437H, Sabtu / 8 April 2016M, Jumaat.
Diposkan: 1 Rejab 1437H, Sabtu / 8 April 2016M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Isnin, 14 Mac 2016

Hari ini



Jawi,
berkubur di tanah asal,
bernyawa di tanah asing.


Bahasa Melayu,
dihina di tanah asal,
dirai di tanah asing.


Orang Melayu,
punah di tanah asal,
hilang rupa di tanah asing.


Ringgit Malaysia,
direbut di tanah asal,
tunanilai di tanah asing.


Manuskrip Melayu,
tidak dikenali di tanah asal,
disimpan rapi di tanah asing.







Lihat juga:

[9 Mac 2016M, Rabu] Ustaz Amin - Fakta & Sejarah Palestine
https://youtu.be/11iGJSErG2I (Dari minit 31:20 hingga 34:31)
Tarikh sebutan: 5 Jamadilawal 1437H, Isnin / 14 Mac 2016M, Isnin.
http://www.ustazamin.com/search?q=manuskrip


[13 Mac 2016M, Ahad] Universiti Di Daegu, Korea Selatan Mulakan Pengajian Tulisan Jawi
Oleh: Fadzli Ramli
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1224604
Tarikh sebutan: 5 Jamadilawal 1437H, Isnin / 14 Mac 2016M, Isnin.


[14 Mac 2016M] 1 MYR = 0.00019 XAU
http://www.xe.com/currencycharts/?from=MYR&to=XAU&view=10Y


Dimulakan: 5 Jamadilawal 1437H, Isnin / 14 Mac 2016M, Isnin.
Diposkan: 5 Jamadilawal 1437H, Isnin / 14 Mac 2016M, Isnin.
Dikemaskinikan:

Sabtu, 12 Mac 2016

Penyelamat -atau- Pembunuh



Ada dua jenis manusia yang menggunakan lorong kecemasan, iaitu:


Penyelamat

-dan-

Pembunuh.



Persoalannya:
   Saya yang mana satu?







Lihat juga:

[12 Mac 2016M, Sabtu. 19:44] https://www.facebook.com/BombaMalaysia.syed/posts/10153441922946762

[14 Mac 2016M, Isnin. 00:20] https://www.facebook.com/BombaMalaysia.syed/videos/10153448566311762/


[23 Mei 2016M, Isnin. 01:41] https://www.facebook.com/shariff.mohdzulhairi/posts/10153750493112620

[23 Mei 2016M, Isnin. 11:52] https://www.facebook.com/sj4000malaysia/videos/1183315368386435/

[23 Mei 2016M, Isnin / 13:51] https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/576265222551192/

[23 Mei 2016M, Isnin] http://www.sinarharian.com.my/semasa/sebab-anda-semua-ambulans-lewat-2-jam-1.524370

[23 Mei 2016M, Isnin. 17:50] https://www.facebook.com/SinarHarian/posts/10154273708874883

[23 Mei 2016M, Isnin. 19:54] https://www.facebook.com/syamirulah/posts/10209566700785552

Dimulakan: 4 Jamadilakhir 1437H, Ahad / 12 Mac 2016M, Sabtu.
Diposkan: 4 Jamadilakhir 1437H, Ahad / 12 Mac 2016M, Sabtu.
Dikemaskinikan: 17 Syaaban 1437H, Selasa / 23 Mei 2016M, Isnin.

Ahad, 28 Februari 2016

Pelabur -atau- Pelebur




Ada orang
melaburkan usaha
untuk maju dan berjaya.



Ada orang
meleburkan bahasa*
untuk maju dan berjaya.







* tulisan / bahasa / jati diri / maruah / dll.

Dimulakan: 19 Jamadilawal 1437H, Ahad / 28 Februari 2016M, Ahad.
Diposkan: 19 Jamadilawal 1437H, Ahad / 28 Februari 2016M, Ahad.
Dikemaskinikan:

Ahad, 14 Februari 2016

Ramai -dan- Seorang



Buat jahat beramai-ramai
akan terasalah
betul dan baiknya
kejahatan itu.


Buat baik seorang-seorang
akan terasalah
salah dan jahatnya
kebaikan itu.




Dimulakan: 24 Rabiulakhir 1437H, Rabu / 3 Februari 2016M, Rabu.
Diposkan: 5 Jamadilawal 1437H, Ahad / 14 Februari 2016M, Ahad.
Dikemaskinikan:

Sabtu, 13 Februari 2016

Jual-Beli Maruah



Kemajuan hari ini
adalah hasil daripada
menjual maruah tulisan Jawi
dan membeli maruah tulisan Rumi
pada hari kelmarin.


Kemajuan hari esok
adalah hasil daripada
menjual maruah bahasa Melayu
dan membeli maruah bahasa Inggeris
pada hari ini.




Dimulakan: 4 Jamadilawal 1437H, Sabtu / 13 Februari 2016M, Sabtu.
Diposkan: 4 Jamadilawal 1437H, Sabtu / 13 Februari 2016M, Sabtu.
Dikemaskinikan:

Sabtu, 30 Januari 2016

Kemenangan yang hina



Menang itu,
   tetapi tergadai ini.




Menang sorak,
   kampung tergadai.




Menang hibur,
   maruah tergadai.




Menang undi,
   negara tergadai.




Menang dunia,
   akhirat tergadai.







Lihat juga:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menang+sorak&d=11

Dimulakan: 16 Safar 1437H, Sabtu / 28 November 2015M, Sabtu.
Diposkan: 21 Rabiulakhir 1437H, Ahad / 30 Januari 2016M, Sabtu.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 22 Januari 2016

Tuan ini

"seekor manusia"
atau
"seorang babi"
?



Jikalau Tuan ini
"seorang manusia"
maka
sila beradab
seperti seorang manusia
yang beradab.







Dimulakan: 11 Rabiulakhir 1437H, Khamis / 20 Januari 2016M, Rabu.
Diposkan: 12 Rabiulakhir 1437H, Jumaat / 22 Januari 2016M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Selasa, 19 Januari 2016

Cuba teka...


(i) Benda apa yang ada pada bahasa Arab, ada juga pada bahasa Melayu.

(ii) Benda apa yang ada pada bahasa Inggeris, ada juga pada bahasa Melayu.






Jawapannya:
Tulisan.

(i) Tulisan Jawi.
(ii) Tulisan Rumi.






Baca juga:

[2 Mei 2009] Sari Rencana: Jawi Menewaskan Pallava, Kawi dan Rencong
http://mohdisa-abdrazak.blogspot.my/2009/05/inti-sari-rencana-jawi-menewaskan.html
Tarikh sebutan: 10 Rabiulakhir 1437H, Rabu / 19 Januari 2016M, Selasa.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jawi+isa+razak

[7 Februari 2013] Belasungkawa: Allahyarhamhu Haji Mohd Isa bin Abd Razak.
http://chedinsphere.blogspot.my/2013/02/belangsukawa-allahyarham-haji-mohd-isa.html
Tarikh sebutan: 10 Rabiulakhir 1437H, Rabu / 19 Januari 2016M, Selasa.

Dimulakan: 10 Rabiulakhir 1437H, Rabu / 19 Januari 2016M, Selasa.
Diposkan: 10 Rabiulakhir 1437H, Rabu / 19 Januari 2016M, Selasa.
Diterbitkan: