Thursday, May 26, 2011

Cream. Crust. Batter.

22 Jamadil Akhir 1432H.

Neither am i the cream nor the crust. I'm the batter that didn't make it out of the mixing bowl :P

Monday, May 9, 2011

e Pepet dan e Taling

Update: 6 Zulkaedah 1433H / 22 Okt 2012M, Is.

5 Jamadil Akhir 1432H

Untuk bacaan lanjut mengenai e pepet dan e taling, dan huruf Jawi yang setara, boleh rujuk di sini:
[Majalah] Fardu Ain: Belajar Jawi > Jom Belajar Jawi, oleh Ustaz Hairudin Mohamed
http://gulaley.blogspot.com/2011/05/majalah-fardu-ain-belajar-jawi-jom.html



e pepet [ə]: Vokal pusat tengah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Vokal_pusat_tengah
Contoh dari Wikipedia Bahasa Melayu: enam, berat, liter


e taling [e][é]: Vokal tak bundar depan separuh sempit
http://ms.wikipedia.org/wiki/Vokal_tak_bundar_depan_separuh_sempit
Contoh dari Wikipedia Bahasa Melayu: enak, pendek, sate



Terfikir pula contoh yang lain:

ekor
e yang digunakan ialah e taling



Ketereh
iaitu nama tempat di Kelantan. Juga nama lain bagi buah gajus.

Mudah untuk diketahui jika seseorang itu adalah Orang Luar atau Orang Kelantan -- dengar saja bagaimana Ketereh disebut! Kesilapan ini ketara dilakukan oleh pemberita TV terutama sekitar musim pilihanraya.

Orang Kelantan:
e pertama ialah e pepet
e kedua ialah e taling
e ketiga ialah e taling

Orang Luar:
e pertama ialah e pepet
e kedua ialah e pepet
e ketiga ialah e taling



Dewan Beta
iaitu nama tempat di Kelantan.

Dewan
disebut seperti biasa.

Beta*
e yang digunakan ialah e pepet
a digantikan dengan e pepet

* tidak sama sebutannya dengan perkataan ganti diri pertama untuk raja

beta
/béta/ kata ganti diri pertama utk raja-raja.
Dipetik dari: Pusat Rujukan Persuratan Melayu.



Pendek**
iaitu nama tempat di Kelantan. Kesilapan penyebutan yang berlaku sama halnya seperti Ketereh.

Orang Kelantan:
e pertama ialah e pepet
e kedua ialah e taling

Orang Luar:
e pertama ialah e taling
e kedua ialah e taling

** tidak sama sebutannya dengan perkataan yang berlawanan bagi panjang.

pendek
/péndék/ 1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: A.M.N. ialah ~ Ahli Mangku Negara.
Dipetik dari: Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Saturday, May 7, 2011

[Majalah] Fardu Ain: Belajar Jawi > Jom Belajar Jawi, oleh Ustaz Hairudin Mohamed

Dikemaskini: 9 Mei 2011M / 5 Jamadil Akhir 1432H, Ah.

3 Jamadil Akhir 1432H

Kepada yang ingin self-teach Jawi, boleh ikuti ruangan Belajar Jawi dalam majalah Fardu Ain. Ruangan ini ditulis oleh Ustaz Hairudin Mohamed.

Pic 1 - Ruangan Belajar Jawi yang ditulis oleh Ustaz Hairudin Mohamed.
Sumber: Fardu Ain, edisi Perdana, m/s 40.
*Mukasurat ini diimbas dan dimuatnaik setelah mendapat kebenaran bertulis daripada pihak majalah Fardu Ain.


Kulit hadapan majalah Fardu Ain yang memuatkan mukasurat di Pic 1 boleh dilihat di sini:
Isu Perdana : SUCI


Nota:
Saya hanya promote ruangan Belajar Jawi, khasnya. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dimajukan kepada pihak majalah di email: majalah.farduain@gmail.com.



e Pepet dan e Taling
Untuk bacaan lanjut mengenai e pepet dan e taling, boleh rujuk di sini:

e pepet [ə]: Vokal pusat tengah
Contoh dari Wikipedia Bahasa Melayu: enam, berat, liter

e taling [e][é]: Vokal tak bundar depan separuh sempit
Contoh dari Wikipedia Bahasa Melayu: enak, pendek, sate