Monday, May 9, 2011

e Pepet dan e Taling

5 Jamadil Akhir 1432H

e Pepet dan e Taling
Untuk bacaan lanjut mengenai e pepet dan e taling, boleh rujuk di sini:

e pepet [ə]: Vokal pusat tengah
Contoh dari Wikipedia Bahasa Melayu: enam, berat, liter

e taling [e][é]: Vokal tak bundar depan separuh sempit
Contoh dari Wikipedia Bahasa Melayu: enak, pendek, sate

Dipetik dari: [Majalah] Fardu Ain: Belajar Jawi > Jom Belajar Jawi, oleh Ustaz Hairudin Mohamed.



Terfikir pula contoh yang lain:

ekor
e yang digunakan ialah e taling



Ketereh
iaitu nama tempat di Kelantan. Juga nama lain bagi buah gajus.

Mudah untuk diketahui jika seseorang itu adalah Orang Luar atau Orang Kelantan -- dengar saja bagaimana Ketereh disebut! Kesilapan ini ketara dilakukan oleh pemberita TV terutama sekitar musim pilihanraya.

Orang Kelantan:
e pertama ialah e pepet
e kedua ialah e taling
e ketiga ialah e taling

Orang Luar:
e pertama ialah e pepet
e kedua ialah e pepet
e ketiga ialah e taling



Dewan Beta
iaitu nama tempat di Kelantan.

Dewan
disebut seperti biasa.

Beta*
e yang digunakan ialah e pepet
a digantikan dengan e pepet

* tidak sama sebutannya dengan perkataan ganti diri pertama untuk raja

beta
/béta/ kata ganti diri pertama utk raja-raja.
Dipetik dari: Pusat Rujukan Persuratan Melayu.



Pendek**
iaitu nama tempat di Kelantan. Kesilapan penyebutan yang berlaku sama halnya seperti Ketereh.

Orang Kelantan:
e pertama ialah e pepet
e kedua ialah e taling

Orang Luar:
e pertama ialah e taling
e kedua ialah e taling

** tidak sama sebutannya dengan perkataan yang berlawanan bagi panjang.

pendek
/péndék/ 1 sedikit ukurannya dr hujung ke pangkal; tidak panjang; tidak tinggi; pandak; rendah: Bajunya berlengan ~. 2 tidak lama; singkat: dlm waktu yg ~. ~ akal (fikiran) tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. ~ kata (cakap, kaji), = ~nya dgn ringkasnya; ringkasnya. ~ nafas mudah berasa mengah; sesak nafas. ~ umur lekas mati. memendekkan membuat jadi pendek; menyingkatkan; meringkaskan: Dia ~ ceritanya. kependekan 1 keadaan pendek. 2 singkatan atau ringkasan drpd sesuatu perkataan atau kumpulan perkataan: A.M.N. ialah ~ Ahli Mangku Negara.
Dipetik dari: Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

0 cents: