Sabtu, 27 Julai 2013

Your life...



If :
Your life
   is Your choice




Then :
Your choice
   is Your responsibility




Therefore :
   Your life
      is Your responsibility.




Dimulakan: 18 Ramadan 1434H, Sabtu / 27 Julai 2013M, Sabtu.
Diposkan: 18 Ramadan 1434H, Sabtu / 27 Julai 2013M, Sabtu.
Dikemaskinikan: .

Selasa, 23 Julai 2013

Bahasa antara saudara


Kalau bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa*,
   maka bahasa Arab adalah bahasa "antara saudara".




* menurut pandangan sesetengah pihak di Malaysia.

Dimulakan: 14 Ramadan 1434H, Selasa, / 23 Julai 2013M, Selasa.
Diposkan: 14 Ramadan 1434H, Selasa, / 23 Julai 2013M, Selasa.
Dikemaskinikan: .

Isnin, 22 Julai 2013

Kalau mak bapak pun dah karut...


Kalau mak bapak pun dah karut,
   anak-anak lagilah marut.


Kalau cikgu pun dah karut,
   anak murid lagilah marut.


Kalau pemimpin pun dah karut,
   rakyat lagilah marut,
      negara apatah lagi kusut.


Kalau suami pun dah karut,
   isteri lagilah marut,
      anak-anak lagilah kusut.


Kalau doktor pun dah karut,
   misi lagilah marut,
      pesakit apatah lagi kusut.


Kalau pemakanan pun dah karut,
   kesihatan lagilah marut.


Kalau peguam pun dah karut,
   anak guam lagilah marut,
      kes apatah lagi kusut.


Kalau orang tua pun dah karut,
   orang muda lagilah marut.


Kalau berfikir pun dah karut,
   bertindak lagilah marut.


Kalau tujuan pun dah karut,
   cara lagilah marut.


Kalau menulis pun dah karut,
   makna lagilah marut.


Kalau belajar pun dah karut,
   kerja lagilah marut.


Kalau bahasa pun dah karut,
       adab lagilah marut.


Kalau mulut pun dah karut,
   hati lagilah marut.


Kalau hidup pun dah karut,
   mati lagilah marut.




Dimulakan: 14 Ramadan 1434H, Selasa / 22 Julai 2013M, Isnin.
Diposkan: 14 Ramadan 1434H, Selasa / 22 Julai 2013M, Isnin.
Dikemaskinikan: .

Selasa, 16 Julai 2013

Salah puji & Salah keji


Salah puji
   akan memakan orang, dan
      akan menghina diri.

Salah keji
   akan dihina orang, dan
      akan memakan diri.




Dimulakan: 7 Ramadan 1434H / 16 Julai 2013M, Selasa.
Diposkan: 7 Ramadan 1434H / 16 Julai 2013M, Selasa.
Dikemaskinikan: 7 Ramadan 1434H / 16 Julai 2013M, Selasa.