Jumaat, 22 November 2013

Mata kepala -atau- Mata hati


Pilih . Pilih . Pilih



Dimulakan: 18 Muharam 1435H, Jumaat / 22 November 2013M, Jumaat.
Diposkan: 18 Muharam 1435H, Jumaat / 22 November 2013M, Jumaat.
Dikemaskinikan:

Rabu, 20 November 2013

Solat berseorangan -atau- Solat berjemaah


Pilihan untuk solat Subuh pagi esok...



... ialah solat ber-...?

Ber-...?

Ber-...?

.
.
.

* Oi! Jawab le! *



Dimulakan: 17 Muharam 1435H, Khamis / 20 November 2013M, Rabu.
Diposkan: 17 Muharam 1435H, Khamis / 20 November 2013M, Rabu.
Dikemaskinikan: 17 Muharam 1435H, Khamis / 21 November 2013M, Khamis.

Rabu, 13 November 2013

Ikan sepat, buah kuini


Ikan sepat,

   Buah kuini;

Nak mengumpat,

   Bukan sini.




Dimulakan: 9 Muharam 1435H, Rabu / 13 November 2013M, Rabu.
Diposkan: 9 Muharam 1435H, Rabu / 13 November 2013M, Rabu.
Dikemaskinikan: .

Selasa, 12 November 2013

Telur & Keberanian


Keberanian tak datang kepada orang lelaki yang awal-awal lagi sudah mengaku kalah dengan sehelai selimut yang lemah.

Macam mana nak ada keberanian, lagi pula kegagahan, kalau orang lelaki solat Subuhnya pun ditunaikan di tempat yang terbaik untuk orang perempuan.



Telur. Telur?
-- Ooo, telur. Telur simpan dalam peti sejuk. Orang tak simpan telur dalam selimut, ye.




Dimulakan: 8 Muharam 1434H, Selasa / 12 November 2013M, Selasa.
Diposkan: 8 Muharam 1434H, Selasa / 12 November 2013M, Selasa.
Dikemaskinikan:

Rabu, 6 November 2013

Kalau JATUH sepuluh kali, BANGUN nak berapa kali?


Formula

Kalau CUBAAN, c, adalah,
c = N unit

Maka USAHA, u, mesti,
u = ( N + 2 ) unit

di mana 2 mewakili,
1 - supaya USAHA lebih banyak daripada CUBAAN ( u > c )
1 - untuk kualiti



Aplikasi


JATUH-BANGUN

Kalau jatuh dah 10 kali,
c = 10 kali

Maka bangun mesti 12 kali.
u = ( 10 + 2 ) kali = 12 kali


MALAS-LAWAN

Kalau malas dengan 20 alasan,
Maka lawan kemalasan tu mesti dengan 22 alasan.

c = (i) Malasnya. (ii) Malasnya.
u = (i) Kena rajin. (ii) Kena rajin. (iii) Takleh malas-malas. (iv) Kena rajin.


MARAH-SABAR

Kalau perasaan marah 30 unit,
Maka usaha bersabar mesti 32 unit.

c = (i) Marah ni. (ii) Marah ni. (iii) Aku marah ni!
u = (i) Sabar. (ii) Sabar. (iii) Tarik nafas panjang-panjang. (iv) Saaa-baaa-r~! (v) Sabar je-lah!


LUPA-HAFAL

Kalau lupa 50 kali,
Maka hafal mesti 52 kali.


SUMPAH-ISTIGHFAR

Kalau sumpah-seranah 100 kali,
Maka istighfar mesti 102 kali.*

* Keadaan sebenar kena tanya pada alim-ulama.


CURI-GANTI

Kalau curi masa belajar 1 jam,
Maka gantinya mesti 1 jam 2 minit.



Dimulakan: 2 Muharam 1435H, Rabu / 6 November 2013M, Rabu.
Diposkan: 2 Muharam 1435H, Rabu / 6 November 2013M, Rabu.
Dikemaskinikan:

Isnin, 4 November 2013

[Takwim] 2014M (Miladiah) / 1435H-1436H (Hijrah)


Kalendar





Fon

- Ubuntu
- Ubuntu Condensed
- Ubuntu Light

Dapatkan dari sini:
Ubuntu Font Family
http://font.ubuntu.com/



Pembaharuan

- Memulakan minggu dengan hari Jumaat sebagai memuliakan hari Jumaat memandangkan hari Jumaat adalah penghulu segala hari.



Rujukan

- Takwim | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
http://www.islam.gov.my/e-falak/takwim

- Bulan Hijrah dan Miladiah dalam Rumi dan Jawi
http://gulaley.blogspot.com/2012/11/bulan-hijrah-dan-miladiah-dalam-rumi.html



Dimulakan: 19 Zulhijah 1434H, Khamis / 24 Oktober 2013M, Khamis.
Diposkan: 30 Zulhijah 1434H, Isnin / 4 November 2013M, Isnin.
Dikemaskinikan:

Ahad, 3 November 2013

Pujian melambung & Kejian merembas


Manusia:
   Sebagaimana pujiannya melambung-lambung,
      sebegitulah kejiannya merembas-rembas.




Dimulakan: 29 Zulhijah 1434H, Ahad / 3 November 2013M, Ahad.
Diposkan: 29 Zulhijah 1434H, Ahad / 3 November 2013M, Ahad.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 1 November 2013

[Jawi] Ejaan "nikmat"


[Situasi]
Rumi:
nikmat



Jawi:
[ نعمت ] http://rumi-to-jawi.appspot.com/



Arab:
[ نعمت ] http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=نعمت

dan/atau

[ نعمة ] http://www.almaany.com/home.php?language=english&word=نعمة
(bawah Category: Islamic, Meaning: blessing)



[Soalan]
Kenapa "nikmat" pakai "tah" [ ت ] bukan "tah-marbutah" [ ة ] dalam ejaan sedangkan "nikmat" adalah perkataan Arab. Ikut hukum, perkataan Arab kekal ejaan, tanpa ada perubahan.

~ En. Mohd. Zamri Murah
zamri@ftsm.ukm.my

Pusat Teknologi Kecerdasan Buatan,
Fakulti Teknologi Sains Maklumat,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://www.jawi.ukm.my
http://www.jawiware.org
http://rumi-to-jawi.appspot.com



[Jawapan]
Alaykum salam.

Ejaan kata serapan Arab yang berakhir dengan huruf ta marbutah [ ة ] adalah mengikut pola penerimaan Melayu terhadapnya. Hakikatnya kata2 dalam kategori ini diterima oleh orang Melayu dalam tiga wajah/macam.


Pertama, diterima dengan bunyi ta [ ت ]:
sahabat,
nikmat,
sifat,
berkat,
hajat.

Kedua, diterima dengan bunyi ha [ ه ]:
sedekah,
iddah,
umrah,
fidyah,
jenayah.

Ketiga,  diterima dengan bunyi ta [ ت ] & ha [ ه ]:
darjat / darjah,
harakat / harakah,
hidayat / hidayah,
muamalat / muamalah.



Untuk wajah pertama dicadangkan ejaan muktamadnya berakhir dengan huruf ta maftuhah/buka [ ت ].

Untuk wajah kedua ejaan muktamadnya dicadangkan berakhir dengan huruf ha [ ه ].

Untuk wajah ketiga ejaan muktamadnya dicadangkan berakhir dengan huruf ta marbutah [ ة ].

~ Tuan Haji Hamdan



[Rujukan]
Ejaan Jawi untuk "nikmat".



Dimulakan: 27 Zulhijah 1434H, Jumaat / 1 November 2013M, Jumaat.
Diposkan: 28 Zulhijah 1434H, Sabtu / 1 November 2013M, Jumaat.
Dikemaskinikan: