Khamis, 23 Mei 2013

Membandingkan diri...


Bandingkan diri
   dengan orang yang lebih baik,
      untuk menjadikan diri semakin baik.


Bandingkan diri
    dengan orang yang lebih buruk,
      untuk menjadikan diri semakin buruk.




Dimulakan: 14 Rejab 1434H / 23 Mei 2013M, Khamis.
Diposkan: 14 Rejab 1434H / 23 Mei 2013M, Khamis.
Dikemaskinikan: .

Rabu, 22 Mei 2013

Happy birthday!


Ucapan hari jadi daripada saya kepada adik saya:

Happy birthday! 

So, how f̶a̶r̶ ̶a̶w̶a̶y̶ closer are you f̶r̶o̶m̶ to your grave? 



Jawab adik saya:

duo xiè duo xiè.. very close, it's like a gap between two fingers, or lesser... huhu



Dimulakan: 12 Rejab 1434H / 22 Mei 2013M, Rabu.
Diposkan: 12 Rejab 1434H / 22 Mei 2013M, Rabu.
Dikemaskinikan: 13 Rejab 1434H / 23 Mei 2013M, Khamis.
12 Rejab 1434H / 22 Mei 2013M, Rabu.

Selasa, 21 Mei 2013

Hidup Melayu!


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu apakah tulisan rasmi mereka?


Hidup Melayu!
... kenalkah Melayu apa itu "Jawi"?


Hidup Melayu!
... retikah Melayu membaca tulisan Jawi?


Hidup Melayu!
... retikah Melayu menulis Jawi?


Hidup Melayu!
... retikah Melayu menulis khat Jawi?


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu apakah perbezaan antara "tulisan Jawi" dan "tulisan Arab"?


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu bilakah tulisan Jawi dibatalkan dengan tulisan Rumi?


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu siapakah yang membatalkan tulisan Jawi dengan tulisan Rumi?


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu bahawa "Jawi itu Melayu" dan "Melayu itu Jawi"?


Hidup Melayu!
... dalam keadaan tak kenal diri & tak sedar diri, apatah lagi sayang diri.


Hidup Melayu!
... bertemankan tulisan Jawi yang sedang nazak menunggu mati.


Hidup Melayu!
... dah lama berkubur dengan matinya iman & takwa.


Hidup Melayu!
... dengan Batu Bersurat Terengganu sebagai "batu nisanmu".



=======


1.
Gantikan "..." dengan "ironiknya".


2.
Bacaan tambahan:
https://www.facebook.com/hafidzi.noor/posts/10201145605428034



Dimulakan: 11 Rejab 1434H / 21 Mei 2013M, Selasa.
Diposkan: .
Dikemaskinikan: .

Jumaat, 10 Mei 2013

Pendekar Subuh lwn Pendekar Selimut. Bab-1


Pendekar Gebar @ Selimut
    telah tersungkur tidur
       di medan tilam.

Pendekar Subuh
    sedang berdiri gagah
       di dewan solat.




Dimulakan: 29 Jamadilakhir 1434H / 10 Mei 2013M, Jumaat.
Diposkan: 29 Jamadilakhir 1434H / 10 Mei 2013M, Jumaat.
Dikemaskinikan: 29 Jamadilakhir 1434H / 10 Mei 2013M, Jumaat.