Thursday, June 28, 2012

[Peribahasa Melayu] Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper

8 Syaaban 1433H, Kh.

Gambar 1 -


Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper.

Takrif: Kerana sayang pada seorang saja, disia-siakan keluarga yang banyak.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Seceper tu apa?

ceper (cépér)

1. (bkn dulang, piring, dll) tidak mungkum, leper;

2. sj perkakas spt dulang (piring) biasanya drpd logam;

~ penyejat
radas makmal yg berbentuk mang­kuk dan digunakan utk menyejatkan cecair;

~ Petri
radas makmal yg bulat leper dan tohor, lazimnya utk membiakkan mikroorganisma; berceper memakai (beralaskan) ceper.

Sumber: ceper -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu

No comments: