Selasa, 18 Julai 2017
Kecil -dan- Besar
Orang Besar hendak lalu
maka ditutupnya jalan Orang Kecil.
Kesesakan jalan yang sedia ada
bertambah sesak.
Orang Kecil dipaksa memberi laluan.
Orang Besar memaksa diberi laluan.
Adakah sampainya Orang Besar
menepati waktu?
Kerana sampainya Orang Kecil lewat.
Sudahlah lewat
bersoal-jawab pula.
Orang Kecil terpaksa bertanggungjawab
atas alah yang diwujudkan
oleh Orang Besar.
Orang Besar mahu kata apa?
"Naiklah pengangkutan awam"?
"Berkongsilah kenderaan"?
"Bangunlah awal"?
"Rancanglah perjalanan"?
"Bertolak-ansurlah"?
Apa kata Orang Besar makan nasihat sendiri.
Persoalannya:
Saya ini orang apa yang berjiwa apa?
Dimulakan: 24 Syawal 1438H, Selasa / 18 Julai 2017M, Selasa.
Diposkan: 24 Syawal 1438H, Selasa / 18 Julai 2017M, Selasa.
Dikemaskinikan:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan