Jumaat, 18 September 2015
Ah, Biasalah...
Biasalah...
Kera di hutan dipuja-puji.
Anak di rumah dihina-keji.
Biasalah...
Kera di hutan baik-baik semuanya.
Anak di rumah jahat-jahat semuanya.
Biasalah...
Kera di hutan cantik-cantik semuanya.
Anak di rumah buruk-buruk semuanya.
Biasalah...
Kera di hutan indah-indah di mata.
Anak di rumah buat sakit mata.
Biasalah...
Dengan kera di hutan, mata dibuka luas.
Dengan anak di rumah, mata dikatup rapat.
Biasalah...
Kera di hutan pandai-pandai semuanya.
Anak di rumah benak-benak semunya.
Biasalah...
Kera di hutan gagah perkasa rata-ratanya.
Anak di rumah lemah lembik rata-ratanya.
Biasalah...
Kera di hutan berjaya-berjaya semuanya.
Anak di rumah gagal-gagal semuanya.
Biasalah...
Kera di hutan kebajikan dijaga bersungguh-sungguh.
Anak di rumah kebajikan dibuat cincai-boncai.
Biasalah...
Kera di hutan berani-berani belaka.
Anak di rumah pengecut-pengecut belaka.
Biasalah...
Kera di hutan rajin-rajin semuanya.
Anak di rumah malas-malas semuanya.
Biasalah...
Kera di hutan sudahlah cerdik dan pandai, alim pula tu.
Anak di rumah sudahlah lembap dan bodo piang, jahil tukil pula tu.
Biasalah...
Kera di hutan dijunjung julang.
Anak di rumah ditengking terajang.
Ah, Biasalah...
Hek eleh.
Ha,
Bawalah kera itu ke rumah.
Halaulah anak itu ke hutan.
atau
Bawalah hutan itu ke rumah.
Halaulah rumah itu ke hutan.
Kerana "semestinya"
yang molek adalah hutan si kera.
yang jelik adalah rumah si anak.
Kan...?
Dimulakan: 4 Zulhijah 1436H, Jumaat / 18 September 2015M, Jumaat.
Diposkan: 4 Zulhijah 1436H, Jumaat / 18 September 2015M, Jumaat.
Dikemakinikan: 5 Zulhijah 1436H, Sabtu / 19 September 2015M, Sabtu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan