Wednesday, September 16, 2015

Orang jenis apa


Orang jenis apa yang merosakkan masjid.
Orang jenis apa yang mengimarahkan masjid.

Orang jenis apa yang merosakkan wanita.
Orang jenis apa yang membela wanita.

Orang jenis apa yang merosakkan anak-anak muda.
Orang jenis apa yang membentuk anak-anak muda.

Orang jenis apa yang menuding orang lain.
Orang jenis apa yang menuding diri sendiri.

Orang jenis apa yang merosakkan rumahtangga.
Orang jenis apa yang mempertahankan rumahtangga.

Orang tua jenis apa yang menunjukkan contoh yang buruk.
Orang tua jenis apa yang menunjukkan contoh yang baik.

Orang jenis apa yang biadap.
Orang jenis apa yang sopan.

Orang memberi jenis apa yang beri yang buruk, ambil yang baik.
Orang memberi jenis apa yang beri yang baik, ambil yang buruk.

Orang jenis apa yang bercaci-maki.
Orang jenis apa yang berbasa-basi.

Orang jenis apa yang "makan sorang2".
Orang jenis apa yang "makan ramai2".

Orang jenis apa yang kau busuk, aku wangi.
Orang jenis apa yang kau busuk, akupun busuk, kau wangi akupun wangi.

Orang jenis apa yang biadap dengan guru.
Orang jenis apa yang menghormati guru.

Orang jenis apa yang mengambil hak orang lain.
Orang jenis apa yang memelihara hak orang lain.

Orang jenis apa yang beralasan.
Orang jenis apa yang berusaha.

Orang jenis apa yang berlari dari ilmu.
Orang jenis apa yang mengejar ilmu.

Orang jenis apa yang bersuku-suku.
Orang jenis apa yang bersatu-padu.

Orang jenis apa yang beraku-aku.
Orang jenis apa yang berkita-kita.

Orang jenis apa yang mengejar dunia.
Orang jenis apa yang mengejar akhirat.

Orang jenis apa yang mendedahkan aurat.
Orang jenis apa yang menutup aurat.

Orang jenis apa yang menjaga dalam kain orang lain.
Orang jenis apa yang menjaga tepi kain orang lain.

Orang jenis apa yang mengabaikan solat.
Orang jenis apa yang menjaga solat.

Orang jenis apa yang lupa akan asal-usul.
Orang jenis apa yang ingat akan asal-usul.

Orang jenis apa yang lupa akan mati.
Orang jenis apa yang ingat akan mati.

Orang jenis apa yang tak kenal akan Tuhan.
Orang jenis apa yang kenal akan Tuhan.

Orang jenis apa?



Dimulakan: 2 Zulhijah 1436H, Rabu / 15 September 2015M, Selasa.
Diposkan: 2 Zulhijah 1436H, Rabu / 16 September 2015M, Rabu.
Dikemaskinikan: 2 Zulhijah 1436H, Rabu / 16 September 2015M, Rabu.

No comments: