Selasa, 21 Mei 2013

Hidup Melayu!


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu apakah tulisan rasmi mereka?


Hidup Melayu!
... kenalkah Melayu apa itu "Jawi"?


Hidup Melayu!
... retikah Melayu membaca tulisan Jawi?


Hidup Melayu!
... retikah Melayu menulis Jawi?


Hidup Melayu!
... retikah Melayu menulis khat Jawi?


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu apakah perbezaan antara "tulisan Jawi" dan "tulisan Arab"?


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu bilakah tulisan Jawi dibatalkan dengan tulisan Rumi?


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu siapakah yang membatalkan tulisan Jawi dengan tulisan Rumi?


Hidup Melayu!
... tahukah Melayu bahawa "Jawi itu Melayu" dan "Melayu itu Jawi"?


Hidup Melayu!
... dalam keadaan tak kenal diri & tak sedar diri, apatah lagi sayang diri.


Hidup Melayu!
... bertemankan tulisan Jawi yang sedang nazak menunggu mati.


Hidup Melayu!
... dah lama berkubur dengan matinya iman & takwa.


Hidup Melayu!
... dengan Batu Bersurat Terengganu sebagai "batu nisanmu".



=======


1.
Gantikan "..." dengan "ironiknya".


2.
Bacaan tambahan:
https://www.facebook.com/hafidzi.noor/posts/10201145605428034



Dimulakan: 11 Rejab 1434H / 21 Mei 2013M, Selasa.
Diposkan: .
Dikemaskinikan: .

Tiada ulasan: