Rabu, 30 Ogos 2017
Berjuang
Penjajah itu berjuang
untuk mempertahankan tanah jajahannya.
Pejuang itu berjuang
untuk membebaskan tanah airnya.
Persoalannya:
Saya ini bagaimana pula? Berjuang atau berpeluk tubuh? Berjuangnya pula untuk apa?
Dimulakan: 7 Zulhijah 1438H, Selasa / 29 Ogos 2017M, Selasa.
Diposkan: 8 Zulhijah 1438H, Rabu / 30 Ogos 2017M, Rabu.
Dikemaskinikan:
Ahad, 13 Ogos 2017
Orang -dan- Tempat
Orang yang rosak
pergi ke tempat yang merosakkan
akan menjadi semakin rosak.
Orang yang rosak
pergi ke tempat yang membaikkan
akan menjadi semakin baik.
Orang yang baik
pergi ke tempat yang merosakkan
akan menjadi semakin rosak.
Orang yang baik
pergi ke tempat yang membaikkan
akan menjadi semakin baik.
Persoalannya:
1. Orang apakah yang pergi ke masjid?
2. Orang yang pergi ke masjid itu adalah saya. Orang apakah saya?
Dimulakan: 20 Zulkaedah 1438H, Ahad / 13 Ogos 2017M, Ahad.
Diposkan: 20 Zulkaedah 1438H, Ahad / 13 Ogos 2017M, Ahad.
Dikemaskinikan: 20 Zulkaedah 1438H, Ahad / 13 Ogos 2017M, Ahad.
Sabtu, 29 Julai 2017
Ubah
Saya mengubah keadaan diri saya
mengikut ketetapan hukum Allah.
Saya mengubah ketetapan hukum Allah
mengikut keadaan diri saya.
Persoalannya:
Siapa yang pegang nyawa saya selepas saya mati?
Dimulakan: 5 Zulkaedah 1438H, Sabtu / 29 Julai 2017M, Sabtu.
Diposkan: 6 Zulkeadah 1438H, Ahad / 29 Julai 20178M, Sabtu.
Dikemaskinikan: 6 Zulkeadah 1438H, Ahad / 29 Julai 20178M, Sabtu.
Khamis, 27 Julai 2017
Adakah itu tanda
Jikalau di Dunia berjaya
adakah itu tanda
di Akhirat akan berjaya juga?
Jikalau di Dunia gagal
adakah itu tanda
di Akhirat akan gagal juga?
Jikalau di Dunia berjaya
adakah itu tanda
di Akhirat akan gagal?
Jikalau di Dunia gagal
adakah itu tanda
di Akhirat akan berjaya?
Dimulakan: 4 Zulkaedah 1438H, Jumaat / 27 Julai 2017M, Khamis.
Diposkan: 4 Zulkaedah 1438H, Jumaat / 27 Julai 2017M, Khamis.
Dikemaskinikan:
Sabtu, 22 Julai 2017
Bumi -dan- Langit
Di mana Bumi dipijak
di situ Langit dijunjung.
Di mana Bumi dipijak
di situ Langit diludah.
Persoalannya:
Saya ini yang mana satu?
Dimulakan: 29 Syawal 1438H, Ahad / 22 Julai 2017M, Sabtu.
Diposkan: 29 Syawal 1438H, Ahad / 22 Julai 2017M, Sabtu.
Dikemaskinikan: 6 Zulkaedah 1438H, Ahad / 29 Julai 2017M, Sabtu.
Langgan:
Catatan (Atom)