Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Dikemaskini: 31 Ogos 2012M / 13 Syawal 1433H, Jumaat.

29 Ramadan 1433H, Sa.

  تَقَبَّلَ اللَّـهُ مِنَّا وَمِنۡكُمۡ  

"Taqabbalallahu minna wa minkum"

Ertinya: Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Rujukan: Zaharuddin.net > Hari Raya Idilfitri: Yang Perlu & Yang Jangan Dilakukan



Bahasa Melayu -- Tulisan Jawi

  سلامت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين  


Gambar 1 - Tulisan Jawi.



Bahasa Melayu -- Tulisan Rumi

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Aidilfitri

= hari raya ~
hari besar bagi umat Islam yg dirayakan pd 1 Syawal setiap tahun Hijrah (setelah berakhir puasa selama sebulan), hari raya puasa.

Sumber: Aidilfitri -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Gambar 2 - Tulisan Rumi.



Mandarin

开斋节快乐
kāi zhāi jié kuài lè

Gambar 3 - Mandarin.

Khamis, 26 Julai 2012

[Peribahasa Melayu] Kerana mulut badan binasa

6 Ramadan 1433H, Kh.

Gambar 1 -


Kerana mulut badan binasa.

Takrif: Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Ahai tu apa?
ahai
sr
kata utk menarik perhatian:

saya tak senang kalau tak lalu di muka rumah sau­dari, ~!

Sumber: ahai -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Ahad, 1 Julai 2012

[Peribahasa Melayu] Anak kucing menjadi harimau

11 Syaaban 1433H, Ah.

Gambar 1 -


Anak kucing menjadi harimau.

Takrif: Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Mengiau tu apa?
mengiau
(bkn kucing) berbunyi iau, mengeong:

dr tadi lagi, kucing itu ~, lapar agaknya.

Sumber: mengiau -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu


Mengaum tu apa?
mengaum
berbunyi menderam (bkn hari­mau, singa):

kambing mengembek, harimau ~;

Sumber: mengaum -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu

Jumaat, 29 Jun 2012

Khamis, 28 Jun 2012

[Peribahasa Melayu] Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper

8 Syaaban 1433H, Kh.

Gambar 1 -


Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper.

Takrif: Kerana sayang pada seorang saja, disia-siakan keluarga yang banyak.

Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


Seceper tu apa?

ceper (cépér)

1. (bkn dulang, piring, dll) tidak mungkum, leper;

2. sj perkakas spt dulang (piring) biasanya drpd logam;

~ penyejat
radas makmal yg berbentuk mang­kuk dan digunakan utk menyejatkan cecair;

~ Petri
radas makmal yg bulat leper dan tohor, lazimnya utk membiakkan mikroorganisma; berceper memakai (beralaskan) ceper.

Sumber: ceper -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu