9 Syaaban 1433H, Ju.
Harum menghilangkan bau.
Takrif: Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harum menghilangkan bau.
Takrif: Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper.
Takrif: Kerana sayang pada seorang saja, disia-siakan keluarga yang banyak.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
ceper (cépér)
1. (bkn dulang, piring, dll) tidak mungkum, leper;
2. sj perkakas spt dulang (piring) biasanya drpd logam;
~ penyejat
radas makmal yg berbentuk mangkuk dan digunakan utk menyejatkan cecair;
~ Petri
radas makmal yg bulat leper dan tohor, lazimnya utk membiakkan mikroorganisma; berceper memakai (beralaskan) ceper.
Sumber: ceper -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu
Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.
Takrif: Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berunding dengan tunggul (= tungkahan).
Takrif: Memberi nasihat kepada orang yang hanya diam saja.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
tungkahan
Mn
kayu tempat duduk, kayu penyangga, landasan;
bagai rupa ~
prb muka orang yg sangat buruk;
berunding dgn ~
prb perihal menanyai atau menasihati orang yg hanya mendiamkan diri sahaja (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan).
Sumber: tungkahan -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung.
Takrif: Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu