Khamis, 22 Mac 2012

[Pantun] Kucing di tangga

29 Rabiulakhir 1433H, Kh.

Pic 1 - Gegirl di tangga.


Pantun, in Rumi (رومي) script:
Tersenyum lebar, nafas dijaga,
Pengatup* pejam, hati gembira;
Menangkap gambar kucing di tangga,
Merenung tajam pada kamera.
* pengatup -- shutter



Elongating the pantun...
Tersenyum lebar, nafas dijaga,
Nafas dijaga, pengatup pejam,
Pengatup pejam, hati gembira,
Hati gembira menangkap gambar,
Menangkap gambar kucing di tangga,
Kucing di tangga merenung tajam,
Merenung tajam pada kamera,
Pada kamera tersenyum lebar.


Pantun, in Jawi (جاوي) script:
،ترسڽوم ليبر، نفس دجاݢا
ڤڠاتوڤ ڤجم، هاتي ݢمبيرا؛
،منڠکڤ ݢامبر کوچيڠ دتڠݢ
.مرنوڠ تاجم ڤد کاميرا

Rabu, 21 Mac 2012

Melepaskan batok & Harapkan pegar

28 Rabiulakhir 1433H, Ra.

Siapa sangka dalam kuliah agama boleh belajar pasal asal-usul peribahasa :)

Peribahasa yang disenaraikan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka ialah:
Bagai melepaskan batuk di tangga.
Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=melepaskan+batuk&d=11

Pagar makan padi (= tanaman).
Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pagar+padi&d=11




Melepaskan batok

Minit 8:38
Melepaskan batok di tangga.


Minit 8:57
"Batok" tu tempurung kelapa yang diguna untuk cedok air dari dalam tempayan tepi tangga buat basuh kaki sebelum masuk rumah.


Maksud "batok" berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat:
batok (Jw)
1. tempurung;
2. Id sukatan beras (lebih kurang satu kal); ~ kepala tengkorak.
Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=batok


Harapkan pegar

Minit 9:54 / 10:26 / 10:44
Harapkan pegar, pegar makan padi.


Minit 10:22
"Pegar" tu sejenis burung yang diharapkan memakan serangga perosak padi.


Maksud "pegar" berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat:
pegar
    sj burung, burung tatera, Lophura ignita rufa.
Sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pegar

Isnin, 12 Disember 2011

Kalendar Miladiah & Hijrah: 2012M / 1433H-1434H

16 Muharam 1433H

Kalendar
Kalendar Miladiah & Hijrah: 2012M / 1433H-1434H

Disediakan menggunakan rupa taip (typeface) Liberation.


Semakan silang
Disemak dengan takwim (kalendar) 2012M yang telah dikeluarkan oleh JAKIM. Boleh dirujuk di bawah e-JAKIM > e-Falak > Takwim:
Takwim | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAKIM juga telah mengeluarkan kalendar untuk tahun 2013M.

Ejaan Rumi bulan-bulan Miladiah (Gregory/ Masihi) dan Hijrah telah disemak di Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), iaitu gerbang maya milik Dewan Bahasa dan Pustaka.


Ejaan
Disenaraikan di sini ejaan Rumi bulan-bulan Hijrah daripada PRPM:
- Muharam
- Safar
- Rabiulawal
- Rabiulakhir
- Jamadilawal
- Jamadilakhir
- Rejab
- Syaaban
- Ramadan
- Syawal
- Zulkaedah
- Zulhijah

Disenaraikan di sini ejaan Rumi bulan-bulan Gregory daripada PRPM:
- Januari
- Februari
- Mac
- April
- Mei
- Jun
- Julai
- Ogos
- September
- Oktober
- November
- Disember


Pembaharuan
Pembaharuan kalender 2012M berbanding kalendar tahun 2011M (Kalendar Masihi & Hijrah: 2011M/1432H), ditandakan hari-hari yang penting dalam kalendar Islam, antaranya:
- Maulidur Rasul
- Israk dan Mikraj
- Nuzul al-Quran
- Hari Raya Puasa (Aidilfitri)
- Hari Raya Haji (Korban, Aidiladha)
- Hari Asyura

Jumaat, 23 September 2011

Asma ul-Husna [1-10]

25 Syawal 1432H

Sebuah projek mini yang telah lama dirancang dan masih dalam perlaksanaan secara berperingkat-peringkat. Insya-Allah, bila berkesempatan; sambil dimajukan, sambil dikemaskini -- mungkin cepat, mungkin lambat, mungkin tiada pergerakan langsung, mungkin ditinggalkan terus. Wallahu 'alam. Kalau ada salah-silap, harap ditegur dengan baik.

Sedikit penerangan:

- Dalam gambar, teks Rumi di atas adalah... uhhh, saya pun tak tahu tapi pastinya bukan ejaan fonetik (phonetic spelling), manakala teks Rumi di bawah adalah terjemahan dalam Bahasa Inggeris.

- Teks Arab, teks Rumi, dan terjemahan Bahasa Inggeris dirujuk dari tafsir ini:
'Abdullah Yūsūf 'Alī.
"The Holy Qur'ān: Text, Translation and Commentary".
New Revised Edition.
Amana Corporation, Brentwood, Maryland, U.S.A., 1989.
ISBN 0-915957-033-5.

- Sesetengah nama belum dijumpai ejaan Ruminya, maka ruang berkenaan dibiarkan kosong buat masa ini. Begitu juga dengan terjemahan atau pun nama.


0. Asma ul-Husna



1. Allah
Belum disiapkan lagi.



2. ar-Rahman



3. ar-Rahim



4. al-Malik



5. al-Quddus



6. as-Salam



7. al-Mukmin



8. al-Muhaimin



9. al-Aziz



10. al-Jabbar

Sabtu, 10 September 2011

Saudara sabit & Saudara lembing

12 Syawal 1432H

Istilah saudara sabit dan saudara lembing belum ada lagi dalam daftar kata Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Pic 1 - Sebab bendera negeri Kelantan sahaja yang ada bulan sabit (paling hampir dengan sabit) bersama-sama dengan lembing.


Saudara sabit --> saudara sebelah suami (kalau kita bini) / bini (kalau kita suami)

Saudara lembing --> saudara kita betul



Contoh
Mak saudara sabit --> Mak saudara sebelah suami (kalau kita bini) / bini (kalau kita suami)

Mak saudara lembing --> Mak saudara sebelah kita sendiri.



Untuk mendapat penerangan macam mana boleh jadi sabit, macam mana boleh jadi lembing, dengar sekitar minit 5:36 di sini: