Jumaat, 30 September 2022
Buat jahat jangan sekali
Kerana
dari tidak pernah
ke sekali
itu susah.
Dari sekali
ke dua kali
itu sedikit susah.
Dari dua kali
ke tiga kali
itu tidak lagi susah.
Dari tiga kali
ke kali berikutnya
itu mudah.
Dan
dari kali berikutnya
ke kali seterusnya
itu semakin mudah.
Tetapi
dari kali sekian
ke tidak lagi
itu teramat susah.
Dimulakan: 2 Rabiulawal 1444H, Khamis / 29 September 2022M, Khamis.
Disiarkan: 3 Rabiulawal 1444H, Jumaat / 30 September 2022M, Jumaat.
Dikemaskinikan:
Selasa, 20 September 2022
Makanan
Orang bodoh
makanan orang jahat.
Orang baik
makanan orang jahat.
Ilmu
makanan orang belajar.
Fikir
makanan orang pandai.
Adab
makanan orang baik.
Malu
makanan orang sopan.
Usaha
makanan orang maju.
Tekun
makanan orang berjaya.
Persoalannya:
Saya ini yang mana satu?
Dimulakan: 23 Safar 1444H, Selasa / 20 September 2022M, Selasa.
Disiarkan: 23 Safar 1444H, Selasa / 20 September 2022M, Selasa.
Dikemaskinikan:
Khamis, 7 Julai 2022
Pandai -dan- Bodoh
Orang bodoh
boleh menjadi pandai
apabila dia mula belajar.
Orang pandai
boleh menjadi bodoh
apabila dia berhenti belajar.
Orang bodoh
boleh kekal bodoh
apabila dia enggan belajar.
Orang pandai
boleh kekal pandai
apabila dia kekal belajar.
Persoalannya:
Saya ini yang mana satu?
Dimulakan: 7 Zulhijah 1443H, Khamis / 7 Julai 2022M, Khamis.
Disiarkan: 7 Zulhijah 1443H, Khamis / 7 Julai 2022M, Khamis.
Dikemaskinikan:
Jumaat, 3 Jun 2022
Berkat
RM 1
yang
berkat.
RM 5
yang
kurang berkat.
RM 10
yang
tidak berkat.
Persoalannya:
Saya ini pilih yang mana satu?
Dimulakan: 3 Zulkaedah 1443H, Jumaat / 3 Jun 2022M, Jumaat.
Disiarkan: 3 Zulkaedah 1443H, Jumaat / 3 Jun 2022M, Jumaat.
Dikemaskinikan:
Ahad, 29 Mei 2022
Daya
Motivasi
datang dan pergi.
Semangat
menua.
Tabiat
kekal
... hingga diubah.
Maka
bentukkanlah tabiat.
Dimulakan: 27 Syawal 1443H, Sabtu / 28 Mei 2022M, Sabtu.
Disiarkan: 28 Syawal 1443H, Ahad / 29 Mei 2022M, Ahad.
Dikemaskinikan:
Isnin, 16 Mei 2022
Tanah
Dijual
dapat duit.
Diusahakan
dapat duit.
Tapi...
Dimulakan: 16 Syawal 1443H, Selasa / 16 Mei 2022M, Isnin.
Disiarkan: 16 Syawal 1443H, Selasa / 16 Mei 2022M, Isnin.
Dikemaskinikan:
Selasa, 12 April 2022
Engkau -dan- Pemimpin
Sebagaimana engkau,
sebegitulah pemimpin.
sebegitulah pemimpin.
Persoalannya:
Saya ini bagaimana?
Dimulakan: 10 Ramadan 1443H, Selasa / 12 April 2022M, Selasa.
Disiarkan: 10 Ramadan 1443H, Selasa / 12 April 2022M, Selasa.
Dikemaskinikan:
Jumaat, 25 Mac 2022
Menghina -dan- Merendah
Kita
menghina diri
di hadapan Allah.
Kita
merendah diri
di hadapan manusia.
Dimulakan: 22 Syaaban 1443H, Jumaat / 25 Mac 2022M, Jumaat.
Disiarkan: 22 Syaaban 1443H, Jumaat / 25 Mac 2022M, Jumaat.
Dikemaskinikan:
Rabu, 9 Mac 2022
Bersih -dan- Cantik
Tempat yang bersih
sememangnya cantik.
Tempat yang cantik
sememangnya bersih.
Dimulakan: 18 Rabiulawal 1436H, Jumaat / 8 Januari 2015, Khamis.
Disiarkan: 6 Syaaban 2022M, Rabu / 9 Mac 2022M, Rabu.
Dikemaskinikan:
Isnin, 24 Januari 2022
Belajar
Ada masa
belajar.
Ada duit
belajar.
Ada peluang
belajar.
Dimulakan: 21 Jamadilakhir 1443H, Isnin / 24 Januari 2022M, Isnin.
Disiarkan: 21 Jamadilakhir 1443H, Isnin / 24 Januari 2022M, Isnin.
Dikemaskinikan:
Jumaat, 21 Januari 2022
[Takwim tegak] Tahun 1444H
Biasanya saya buat kalendar dalam bentuk mendatar. Kali ini saya cuba-cuba buat takwim dalam bentuk menegak.
Kalendar datar saya buat untuk tahun Miladiah/Masehi, manakala takwim tegak saya buat untuk tahun Hijrah.
Takwim tegak ini dibuat untuk tahun 1444H. Tarikhnya terhad hingga bulan Jamadilakhir untuk masa ini, kerana setakat itu sahaja maklumat yang terdapat di dalam takwim yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Takwim
Rujukan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Laman utama > Orang Awam > Solat & Masjid > Takwim & Tarikh Penting Dalam Islam > Muat Turun Takwim > 2022.
https://www.e-solat.gov.my/index.php?siteId=24&pageId=52
Dll.
Dimulakan: 13 Jamadilakhir 1443H, Ahad / 16 Januari 2022M, Ahad.
Disiarkan: 21 Jamadilakhir 14443H, Jumaat / 21 Januari 2022M, Jumaat.
Dikemaskinikan:
Khamis, 13 Januari 2022
[Kalendar] 2022M / 1443H - 1444H
1. Kalendar
1.1. Scribd
Kalendar 2022M / 1443H - 144H
https://www.scribd.com/document/552514254/Kalendar-2022M-1443H-144H
1.2. Google Drive
https://drive.google.com/file/d/1kKYqDSkYxBm6avolJi7F_90nbHwS4KAA/
2. Pembaharuan
Tiada apa-apa pembaharuan.
3. Rujukan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Laman utama > Orang Awam > Solat & Masjid > Takwim & Tarikh Penting Dalam Islam > Muat Turun Takwim > 2022.
https://www.e-solat.gov.my/index.php?siteId=24&pageId=52
Dll.
4. Kemas kini
4.1. Perubahan hari 1 Syawal 1443H
Lama:
- Tarikh 1 Syawal 1443H adalah bersamaan dengan 3 Mei 2022, Selasa.
- Ramadan ada 30 hari.
- Syawal ada 29 hari.
Baru:
- Tarikh 1 Syawal 1443H adalah bersamaan dengan 2 Mei 2022, Isnin.
- Ramadan ada 29 hari.
- Syawal ada 30 hari.
Sebab perubahan hari 1 Syawal 1443H:
Penampakan anak bulan Syawal di Labuan.
4.2. Bacaan
[3 Mei 2022] Anak bulan dikesan di Labuan
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/838361/anak-bulan-dikesan-di-labuan
[27 April 2022] #1030 Penentuan Awal Bulan Syawal di Malaysia
https://maktabahalbakri.com/penentuan-awal-bulan-syawal-di-malaysia/
[27 April 2022, Rabu, 12:10] Persatuan Falak Syar'i Malaysia
https://www.facebook.com/FalakMalaysia/posts/5010900282339956
4.3. Kalendar
4.3.1. Scribd
Telah dikemas kini.
4.3.2 Google Drive
Kalendar 2022M / 1443H-1444H_baru.pdf
https://drive.google.com/file/d/1BAgwLwkksDZjzAAfWYgQR3-H7ZRTCGLR/
Dimulakan: 10 Jamadilakhir 1443H, Khamis / 13 Januari 2022M, Khamis.
Disiarkan: 10 Jamadilakhir 1443H, Khamis / 13 Januari 2022M, Khamis.
Dikemaskinikan: 23 Rejab 1444H, Selasa / 14 Februari 2023M, Selasa.
Langgan:
Catatan (Atom)