Rabu, 30 Ogos 2017
Berjuang
Penjajah itu berjuang
untuk mempertahankan tanah jajahannya.
Pejuang itu berjuang
untuk membebaskan tanah airnya.
Persoalannya:
Saya ini bagaimana pula? Berjuang atau berpeluk tubuh? Berjuangnya pula untuk apa?
Dimulakan: 7 Zulhijah 1438H, Selasa / 29 Ogos 2017M, Selasa.
Diposkan: 8 Zulhijah 1438H, Rabu / 30 Ogos 2017M, Rabu.
Dikemaskinikan:
Ahad, 13 Ogos 2017
Orang -dan- Tempat
Orang yang rosak
pergi ke tempat yang merosakkan
akan menjadi semakin rosak.
Orang yang rosak
pergi ke tempat yang membaikkan
akan menjadi semakin baik.
Orang yang baik
pergi ke tempat yang merosakkan
akan menjadi semakin rosak.
Orang yang baik
pergi ke tempat yang membaikkan
akan menjadi semakin baik.
Persoalannya:
1. Orang apakah yang pergi ke masjid?
2. Orang yang pergi ke masjid itu adalah saya. Orang apakah saya?
Dimulakan: 20 Zulkaedah 1438H, Ahad / 13 Ogos 2017M, Ahad.
Diposkan: 20 Zulkaedah 1438H, Ahad / 13 Ogos 2017M, Ahad.
Dikemaskinikan: 20 Zulkaedah 1438H, Ahad / 13 Ogos 2017M, Ahad.
Langgan:
Catatan (Atom)