Sabtu, 29 Julai 2017
Ubah
Saya mengubah keadaan diri saya
mengikut ketetapan hukum Allah.
Saya mengubah ketetapan hukum Allah
mengikut keadaan diri saya.
Persoalannya:
Siapa yang pegang nyawa saya selepas saya mati?
Dimulakan: 5 Zulkaedah 1438H, Sabtu / 29 Julai 2017M, Sabtu.
Diposkan: 6 Zulkeadah 1438H, Ahad / 29 Julai 20178M, Sabtu.
Dikemaskinikan: 6 Zulkeadah 1438H, Ahad / 29 Julai 20178M, Sabtu.
Khamis, 27 Julai 2017
Adakah itu tanda
Jikalau di Dunia berjaya
adakah itu tanda
di Akhirat akan berjaya juga?
Jikalau di Dunia gagal
adakah itu tanda
di Akhirat akan gagal juga?
Jikalau di Dunia berjaya
adakah itu tanda
di Akhirat akan gagal?
Jikalau di Dunia gagal
adakah itu tanda
di Akhirat akan berjaya?
Dimulakan: 4 Zulkaedah 1438H, Jumaat / 27 Julai 2017M, Khamis.
Diposkan: 4 Zulkaedah 1438H, Jumaat / 27 Julai 2017M, Khamis.
Dikemaskinikan:
Sabtu, 22 Julai 2017
Bumi -dan- Langit
Di mana Bumi dipijak
di situ Langit dijunjung.
Di mana Bumi dipijak
di situ Langit diludah.
Persoalannya:
Saya ini yang mana satu?
Dimulakan: 29 Syawal 1438H, Ahad / 22 Julai 2017M, Sabtu.
Diposkan: 29 Syawal 1438H, Ahad / 22 Julai 2017M, Sabtu.
Dikemaskinikan: 6 Zulkaedah 1438H, Ahad / 29 Julai 2017M, Sabtu.
Khamis, 20 Julai 2017
Namakan
Namakan sepuluh negara yang maju.
Sekarang namakan bahasa yang mereka gunakan.
Namakan sepuluh negara yang mundur.
Sekarang namakan bahasa yang mereka gunakan.
Persoalannya:
Bahasa saya...
Dimulakan: 26 Syawal 1438H, Khamis / 20 Julai 2017M, Khamis.
Diposkan: 26 Syawal 1438H, Khamis / 20 Julai 2017M, Khamis.
Dikemaskinikan:
Rabu, 19 Julai 2017
Melancong
Jikalau apa yang ada di tempat engkau
ada di tempat aku
maka buat apa aku melancong ke tempat engkau.
Jikalau apa yang ada di tempat engkau
tiada di tempat aku
maka adalah sebab untuk aku melancong ke tempat engkau.
Jikalau apa yang tiada di tempat engkau
ada di tempat aku
maka adalah sebab untuk engkau melancong ke tempat aku.
Jikalau apa yang tiada di tempat engkau
tiada di tempat aku
maka adalah sebab untuk kita mengusahakan sesuatu.
Persoalannya:
Apa yang ada di tempat saya?
Dimulakan: 24 Syawal 1438H, Selasa / 18 Julai 2017M, Selasa.
Diposkan: 25 Syawal 1438H, Rabu / 19 Julai 2017M, Rabu.
Dikemaskinikan: 25 Syawal 1438H, Rabu / 19 Julai 2017M, Rabu.
Selasa, 18 Julai 2017
Kecil -dan- Besar
Orang Besar hendak lalu
maka ditutupnya jalan Orang Kecil.
Kesesakan jalan yang sedia ada
bertambah sesak.
Orang Kecil dipaksa memberi laluan.
Orang Besar memaksa diberi laluan.
Adakah sampainya Orang Besar
menepati waktu?
Kerana sampainya Orang Kecil lewat.
Sudahlah lewat
bersoal-jawab pula.
Orang Kecil terpaksa bertanggungjawab
atas alah yang diwujudkan
oleh Orang Besar.
Orang Besar mahu kata apa?
"Naiklah pengangkutan awam"?
"Berkongsilah kenderaan"?
"Bangunlah awal"?
"Rancanglah perjalanan"?
"Bertolak-ansurlah"?
Apa kata Orang Besar makan nasihat sendiri.
Persoalannya:
Saya ini orang apa yang berjiwa apa?
Dimulakan: 24 Syawal 1438H, Selasa / 18 Julai 2017M, Selasa.
Diposkan: 24 Syawal 1438H, Selasa / 18 Julai 2017M, Selasa.
Dikemaskinikan:
Sabtu, 1 Julai 2017
Merdeka -dan- Jajah
Ada
orang yang dijajah
yang mahu merdeka.
Ada
orang yang merdeka
yang mahu dijajah.
Persoalannya:
Saya ini yang mana satu?
Dimulakan: 7 Syawal 1438H, Sabtu / 1 Julai 2017M, Sabtu.
Diposkan: 7 Syawal 1438H, Sabtu / 1 Julai 2017M, Sabtu.
Dikemaskinikan:
Langgan:
Catatan (Atom)