Khamis, 6 April 2017
Kaki
Ketika di atas,
tumpang sekaki.
Ketika di bawah,
dikaki-kaki.
Dimulakan: 9 Rejab 1438H, Khamis / 6 April 2017M, Khamis.
Diposkan: 9 Rejab 1438H, Khamis / 6 April 2017M, Khamis.
Dikemaskinikan:
Rabu, 5 April 2017
Genosid terancang
Mula-mula tulisan.
Kemudian bahasa.
Sekarang agama.
Suatu hari nanti bangsa.
Dimulakan: 9 Rejab 1438H, Khamis / 5 April 2017M, Rabu.
Diposkan: 9 Rejab 1438H, Khamis / 5 April 2017M, Rabu.
Dikemaskinikan:
Selasa, 4 April 2017
Hendak -atau- Tidak hendak
Orang yang hendak
akan membuat cara hendak.
Orang yang tidak hendak
akan membuat cara tidak hendak.
Persoalannya:
Saya ini orang yang hendak atau tidak hendak?
Dimulakan: 7 Rejab 1438H, Selasa / 4 April 2017M, Selasa.
Diposkan: 7 Rejab 1438H, Selasa / 4 April 2017M, Selasa.
Dikemaskinikan:
Isnin, 3 April 2017
Zaman
Orang sekarang...
Orang sekarang...
Orang sekarang...
Persoalannya:
Anak awak, cucu awak, cicit awak, dan awak sendiri orang zaman bila?
Dimulakan: 6 Rejab 1438H, Isnin / 3 April 2017M, Isnin.
Diposkan: 6 Rejab 1438H, Isnin / 3 April 2017M, Isnin.
Dikemaskinikan:
Ahad, 2 April 2017
Siapa?
Siapakah yang merosakkan orang-orang muda?
Orang-orang muda sendirikah?
Atau
orang-orang tuakah?
Dimulakan: 5 Rejab 1438H, Ahad / 2 April 2017M, Ahad.
Diposkan: 5 Rejab 1438H, Ahad / 2 April 2017M, Ahad.
Dikemaskinikan:
Sabtu, 1 April 2017
Engkau buat apa di sini?
Memanglah ini rak peraga buah-buahan.
Tetapi ini rak durian.
Apa rambutan ini buat di sini?
Dimulakan: 5 Rejab 1438H, Ahad / 1 April 2017M, Sabtu.
Diposkan: 5 Rejab 1438H, Ahad / 1 April 2017M, Sabtu.
Dikemaskinikan:
Langgan:
Catatan (Atom)