Selasa, 17 November 2015
Hendak mencari kawan?
Hendak mencari kawan,
carilah kawan yang boleh menasihatkan engkau,
dan engkau boleh menasihatkan dia.
Supaya dapat saling menasihati.
Jangan dicari kawan
yang tidak boleh menasihatkan engkau,
dan engkau tidak boleh menasihatkan dia.
Supaya tidak saling membebani.
* Sekarang, cuba gantikan perkataan "kawan" dengan perkataan "pemimpin" (dan perkataan-perkataan lain), kemudian baca semula. :3
Dimulakan: 3 Safar 1437H, Ahad / 15 November 2015M, Ahad.
Diposkan: 6 Safar 1437H, Rabu / 17 November 2015M, Selasa.
Dikemaskinikan:
Isnin, 16 November 2015
Bahasa -atau- Akal
Bahasa yang perlu ditukar ganti.
-atau-
Akal yang perlu dicerdaskan.
-atau-
Kecekapan yang perlu dicergaskan.
?
Dimulakan: 2 Safar 1437H, Sabtu / 14 November 2015M, Sabtu.
Diposkan: 4 Safar 1437H, Isnin / 16 November 2015M, Isnin.
Dikemaskinikan: 4 Safar 1437H, Isnin / 16 November 2015M, Isnin.
Sabtu, 14 November 2015
Pupus
1. Diberi pilihan:
i - Pupus akhlak baik.
ii - Pupus bahasa.
iii - Pupus bangsa.
iv - Pupus tulisan.
v - Pupus artifak.
2. Diberi rangka:
Pupus ...,
maka pupuslah ...,
maka pupuslah ...,
maka pupuslah ... .
3. Masukkan 1 ke dalam 2.
4. Contoh: (Menggunakan pendidikan sebagai batu ukur.)
Pupus tulisan Jawi, (bermula pada tahun 1956M, https://www.facebook.com/hafidzi.noor/posts/10201145605428034)
maka pupuslah bahasa, (bermula dengan PPSMI, tahun 2003M-2012M. DLP, 2015M-?)
maka pupuslah akhlak, (bermula apabila si biadap diperajakan, dan guru-guru dipijak kepalanya)
maka pupuslah bangsa.
5. Kesimpulan.
i - Kepupusan berlaku berperingkat-peringkat.
ii - Apabila pupus salah satu, maka yang lain akan mengekor.
iii - Maju dengan mempupuskan/memundurkan salah satu?
-- Itu "perasan maju" namanya.
Lihat juga:
- http://gulaley.blogspot.my/2013/05/hidup-melayu.html
- http://gulaley.blogspot.my/2015/11/bahasa-atau-bangsa.html
- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10207743074272356
- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10207750483937593
Dimulakan: 1 Safar 1437H, Jumaat / 13 November 2015M, Jumaat.
Diposkan: 2 Safar 1437H, Sabtu / 14 November 2015M, Sabtu.
Dikemaskinikan:
Jumaat, 13 November 2015
Bahasa -atau- Bangsa
Pupus bahasa,
maka pupuslah bangsa.
-atau-
Pupus bangsa,
maka pupuslah bahasa.
?
Baca juga:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10207743074272356
Dimulakan: 1 Safar 1437H, Jumaat / 13 November 2015M, Jumaat.
Diposkan: 1 Safar 1437H, Jumaat / 13 November 2015M, Jumaat.
Dikemaskinikan:
Isnin, 9 November 2015
Neraca
Neraca ilmuan adalah ilmu.
Neraca orang awam adalah akhlak.
Neraca ilmuan semu adalah akal dan/atau nafsu.
Persoalannya:
Saya ini yang mana?
Apakah neraca saya?
Dimulakan: 27 Muharam 1437H, Isnin / 9 November 2015M, Isnin.
Diposkan: 27 Muharam 1437H, Isnin / 9 November 2015M, Isnin.
Dikemaskinikan:
Sabtu, 7 November 2015
Seronok tunjuk -atau- Seronok ikut
Saya seronok menunjukkan
contoh yang baik.
Saya seronok mengikut
contoh yang baik.
Persoalannya:
Saya ini yang mana satu?
Dimulakan: 20 Muharam 1437H, Isnin / 2 November 2015M, Isnin.
Diposkan: 25 Muharam 1437H, Sabtu / 7 November 2015M, Sabtu.
Dikemaskinikan:
Jumaat, 6 November 2015
Sungguh nak dibiarkan mati?
Biar mati anak,
jangan mati adat.
Biar mati orang tua,
jangan mati adat.
Biar mati adat,
jangan mati anak.
Biar mati adat,
jangan mati orang tua.
Biar mati orang tua,
jangan mati iman.
Eh?!
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mati+anak&d=11
Dimulakan: 25 Muharam 1437H, Sabtu / 6 November 2015M, Jumaat.
Diposkan: 25 Muharam 1437H, Sabtu / 6 November 2015M, Jumaat.
Dikemaskinikan:
Rabu, 4 November 2015
Hidup -atau- Ke bumi
Ada yang sibuk menghidupkan Jawi.
Ada yang sibuk mengebumikan Jawi.
Persoalannya:
Saya ini Melayu yang mana satu?
Dimulakan: 23 Muharam 1437H, Khamis / 4 November 2015M, Rabu.
Diposkan: 23 Muharam 1437H, Khamis / 4 November 2015M, Rabu.
Dikemaskinikan:
Isnin, 2 November 2015
Saya -dan- Nasihat
Saya seronok
memberi nasihat.
Saya seronok
menerima nasihat.
Persoalannya:
Saya ini yang mana satu?
Dimulakan: 15 Muharam 1437H, Rabu / 27 Oktober 2015M, Selasa.
Diposkan: 20 Muharam 1437H, Isnin / 2 November 2015M, Isnin.
Dikemaskinikan:
Langgan:
Catatan (Atom)