9 Syaaban 1433H, Ju.
Harum menghilangkan bau.
Takrif: Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harum menghilangkan bau.
Takrif: Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper.
Takrif: Kerana sayang pada seorang saja, disia-siakan keluarga yang banyak.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
ceper (cépér)
1. (bkn dulang, piring, dll) tidak mungkum, leper;
2. sj perkakas spt dulang (piring) biasanya drpd logam;
~ penyejat
radas makmal yg berbentuk mangkuk dan digunakan utk menyejatkan cecair;
~ Petri
radas makmal yg bulat leper dan tohor, lazimnya utk membiakkan mikroorganisma; berceper memakai (beralaskan) ceper.
Sumber: ceper -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu
Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.
Takrif: Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berunding dengan tunggul (= tungkahan).
Takrif: Memberi nasihat kepada orang yang hanya diam saja.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
tungkahan
Mn
kayu tempat duduk, kayu penyangga, landasan;
bagai rupa ~
prb muka orang yg sangat buruk;
berunding dgn ~
prb perihal menanyai atau menasihati orang yg hanya mendiamkan diri sahaja (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan).
Sumber: tungkahan -- Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung.
Takrif: Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
Takrif: Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama burung, tumpang beramai dengan kawan yang banyak.
Takrif: Orang dagang yang mencari hiburan di negeri asing.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa.
Takrif: Banyak pengalaman.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bau malaikat terhempas.
Takrif: Harum sekali, terutama tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat.
Takrif: Untuk melakukan sesuatu pekerjaan supaya selamat maka hendaklah berunding dulu.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
pembuluh
1. buluh-buluh;
2. = ~ darah
saluran darah;
~ agung
saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava;
~ labuhan hati
saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati;
~ paru-paru
saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari.
Sumber: Pembuluh, Kamus Dewan Edisi Empat, Pusat Rujukan Persuratan Bahasa Melayu