Isnin, 4 Mac 2024

Biar reti beza


Perempuan reti malu.
Betina tak reti malu.



Manja, lain.
Gedik, lain.



Manja ada maruah.
Gedik tiada maruah.



Perempuan tak melayan lelaki.
Betina melayan lelaki.



Perempuan sorokkan diri.
Betina tayangkan diri.



Perempuan kisah dosa pahala.
Betina tak kisah dosa pahala.



Perempuan dibuat bini.
Betina dibuat main.



Bidadari.
Perempuan.
Betina.
Dah tua-tua
   masih tak reti beza ke?







Dimulakan: 23 Syaaban 1445H, Isnin / 4 Mac 2024, Isnin.
Disiarkan: 23 Syaaban 1445H, Isnin / 4 Mac 2024, Isnin.
Dikemaskinikan: -

Selasa, 14 Februari 2023

[Kalendar] 2023M / 1444H - 1445H


1. Kalendar


1.1. Scribd

Kalendar 2023M / 1444H - 1445H
https://www.scribd.com/document/625681614/Kalendar-2023M-1444H-1445H



1.2. Google Drive

Kalendar 2023M / 1444H-1445H.pdf
https://drive.google.com/file/d/1fAqgyWa5w9UAx2YJq5BjAaT6D-1JTAS6/





2. Pembaharuan


2.1. Hari tarwiah

Ditandakan "Hari tarwiah" di dalam kalendar, iaitu pada 8hb Zulhijah.



2.2. Senarai tarikh Hijrah

Dimasukkan senarai ringkas tarikh-tarikh penting di dalam kalendar Hijrah, sebagai rujukan pantas. Senarai ini diletakkan di hujung kalendar.





3. Rujukan


3.1. e-Solat

Laman utama > Falak > Takwim > Takwim (2023)
https://www.e-solat.gov.my/index.php?siteId=24&pageId=52



3.2. Dan lain-lain.






Dimulakan: 23 Rejab 1444H, Selasa / 14 Februari 2023M, Selasa.
Disiarkan: 23 Rejab 1444H, Selasa / 14 Februari 2023M, Selasa.
Dikemaskinikan:

Selasa, 17 Januari 2023

Nenek moyang -dan- anak cucu



Jikalau nenek moyang membina nama baik,
   Janganlah anak cucu membuang baka.




Jikalau nenek moyang membuang baka,
   Ayuhlah anak cucu membina nama baik.







Dimulakan: 24 Jamadilakhir 1444H, Selasa / 17 Januari 2023M, Selasa.
Disiarkan: 24 Jamadilakhir 1444H, Selasa / 17 Januari 2023M, Selasa.
Dikemaskinikan:

Sabtu, 7 Januari 2023

Kawan -dan- Umpat



Hendak kawan,
   jangan umpat.




Hendak umpat,
   jangan kawan.







Dimulakan: 15 Jamadilakhir 1444H, Ahad / 7 Januari 2023M, Sabtu.
Disiarkan: 15 Jamadilakhir 1444H, Ahad / 7 Januari 2023M, Sabtu.
Dikemaskinikan:

Jumaat, 30 September 2022

Buat jahat jangan sekali


Kerana
   dari tidak pernah
      ke sekali
         itu susah.



Dari sekali
   ke dua kali
      itu sedikit susah.



Dari dua kali
   ke tiga kali
      itu tidak lagi susah.



Dari tiga kali
   ke kali berikutnya
      itu mudah.



Dan
   dari kali berikutnya
      ke kali seterusnya
         itu semakin mudah.





Tetapi
   dari kali sekian
      ke tidak lagi
         itu teramat susah.








Dimulakan: 2 Rabiulawal 1444H, Khamis / 29 September 2022M, Khamis.
Disiarkan: 3 Rabiulawal 1444H, Jumaat / 30 September 2022M, Jumaat.
Dikemaskinikan: